Al-Qur’an adalah kitab panduan yang amat mengutamakan gerakerja dan bukannya perihal idea semata-mata - Iqbal

11/05/2017
by ILHAM Books

Tidak dapat dinafikan bahawa buku Rekonstruksi Pemikiran Keagamaan dalam Islam adalah magnum opus atau karya teragung Muhammad Iqbal. Buku ini merupakan himpunan nota dan teks ceramahnya yang menyelusuri persoalan falsafah memperihalkan isu-isu berkaitan ilmu pengetahuan, pengalaman keagamaan, kerohanian, konsepsi ketuhanan, keimanan, roh dan semangat.

Berbekalkan pendidikan yang mendalam tentang sejarah, sastera, manusia dan kerohanian serta prinsip ilmu Barat yang ditempatkan dalam bingkai sekularisme kontekstual dengan moderniti Barat pada masa yang sama kemantapan fahaman dan keyakinan terhadap Al-Qur’an serta tradisi dan naratif Islam terhadap plitik dan tamadun menjadikan Iqbal seorang ahli falsafah yang begitu action oriented.

Dengan itu Iqbal ingin mengemukakan bahawa perubahan, kebebasan dan keabadian asas-asas pegangan hidup adalah amat besar ertinya bagi karamah al-insan atau human dignityseseorang.

Iqbal - Pemikir Rekonstruksi dan Pembaharuan Dalam Islam

11/05/2017
by ILHAM Books

Muhammad Iqbal lahir pada tahun 1877, di wilayah Punjab, kini Pakistan. Berketurunan daripada keluarga Brahmin-Kashmiri yang sangat dihormati, membolehkan Iqbal menerima mutu pendidikan yang cemerlang. Semenjak kecil, Iqbal dididik dengan pelbagai aspek keilmuan, termasuklah ilmu kefalsafahan dan syair Islam, ilmu linguistik bahasa, politik, penulisan sejarah, ilmu kalam dan teologi Islam.

Semasa hayatnya, Iqbal menyeru ke arah re-interpretasi semula ajaran agama untuk mewujudkan institusi politik dan sosial bersesuaian dengan respon dan tuntutan zaman. Beliau percaya dengan proses modenisasi Islam adalah keperluan tunggal ke arah kemajuan umat Islam. Pada cerminan yang lain, pemikiran yang dianjurkan Iqbal bersesuaian untuk memandu kesejahteraan umat Islam menghadapi cabaran kontemporari kala ini.

Ekonomi Pasaran Sosial

11/04/2017
by ILHAM Books

Semakin bebas ekonomi, semakin sosiallah ia,” begitulah ungkapan Ludwig Erhard, Menteri Kewangan pertama Jerman Barat yang dinisbahkan sebagai arkitek Keajaiban Ekonomi (Wirtschaftswunder)negara itu pasca Perang Dunia Kedua.

Apakah kebebasan ekonomi itu dan mengapa persoalan sosial berbangkit?

Hikmah dan Maqasid Pensyariatan Puasa

11/02/2017
by ILHAM Books

Risalah Maqasid Puasa karya Sheikh ‘Izz al-Din Ibn ‘Abd al-Salam al-Sulami al-Shafi’i adalah sebahagian daripada kerangka besar maqasid al-shari`ah yang meliputi al-maqasid al-`ulya (objektif tertinggi), al-maqasid al-`ammah (objektif umum), al-maqasid al-khassah (objektif khusus) dan al-maqasid al-juz’iyyah (objektif juz’i). Istilah al-maqasid al-juz’iiyah merujuk pengertian sebab (`illah), hikmah dan tujuan di sebalik sesuatu hukum. Memang setiap hukum syari`at mengandungi hikmah dan matlamat, baik tersurat atau tersirat.

Muhammad Iqbal dan Rekonstruksi Pemikiran Keagamaan Dalam Islam

10/27/2017
by ILHAM Books

Prakata Penterjemah “Rekonstruksi Pemikiran Keagamaan Dalam Islam” Muhammad Iqbal

Oleh Maryam Zakiah

Muhammad Iqbal atau lebih dikenali sebagai Allamah Iqbal telah dilahirkan pada tanggal 9 November 1877 di Sialkot, Punjab dan meninggal dunia pada 21 April 1938 di Lahore. Iqbal dianggap secara meluas sebagai pemikir Islam paling asli dan berpengaruh pada zaman moden. Iqbal berdiri di titik pertemuan antara dunia-dunia yang berbeza.

Di satu sisi beliau berdiri di antara dunia kolonialisme British dan India pasca-kolonial. Di sisi lain beliau berdiri di antara tamadun Islam dan Eropah, dan satu sisi lagi di antara tradisi dan modeniti. Iqbal bercita-cita untuk membina jambatan ketika kebanyakan pemikir lain hanya melihat kemustahilan bagi kita untuk mengasimilasikan idea-idea Barat dengan Islam. Iqbal bukan sahaja menjadi ‘bapa spiritual bagi Pakistan’, beliau bahkan telah menjadi penunjuk arah bagi kaum reformis modenis Islam di seluruh dunia. Iqbal melihat bahawa penjajahan kolonial Inggeris bukan sahaja jajahan terhadap agama, malah ranah intelektual dan sosiopolitik telah turut dijajah oleh golongan British Raj.

Ekonomi Pasaran Sosial dan Walter Eucken

10/24/2017
by ILHAM Books

(1)

Saya masih ingat, ketika Pak Khalid Jaafar memberi kata pengantar dalam buku terbitan IKD sempena sambutan 50 tahun ekonomi pasaran sosial, beliau menekankan bagaimana terpisahnya kita dengan idea di luar bahasa Inggeris - dalam kes ini kerana ekonomi pasaran sosial itu muncul dan berkembang di Jerman.

Beliau kemudian meminta saya membaca dan menulis sebuah buku bertajuk Ekonomi Pasaran Sosial: Alternatif untuk Malaysia? yang diterbitkan oleh IKD pada tahun 2011. Ia satu percubaan mentah yang saya akui masih banyak perlu dibaiki. Namun, melaluinya, saya terdedah dengan sejarah negara itu. Tambahan pula saya mempunyai kenalan daripada belahan politik berbeza di negara itu. Saya juga pernah mengikuti kursus asas bahasa Jerman. Meskipun sukar, ianya menarik. Cuma saya perlu lebih tekun untuk menguasainya.

Malaysia Sdn Bhd: Fox guarding the henhouse?

08/11/2017
by ILHAM Books

Malaysia Sdn Bhd: Fox guarding the henhouse?

By Jomo KS

In the late 1980s, the young Terence Gomez proved himself to be the worthy successor to a Malaysian research tradition begun by James Puthucheary in Singapore’s Changi Prison almost three decades earlier.

Gomez single-handedly transformed our understanding of the role of politics in the ownership and control of the Malaysian corporate sector.

Employing novel methods as needed and appropriate, the researcher showed how official policies and institutions had enabled an earlier generation of selected Malay business professionals to take over some commanding heights of the Malaysian economy.

Al-Ummah Hiya Al-Asl: Satu Ulasan

08/11/2017
by ILHAM Books

بسم الله الرحمن الرحيم

Segala puji dan puja hanya tertentu kepada Allah Tuhan semesta alam, solawat dan salam diutuskan bagi baginda ar Rasul shalllahu alaihi wa sallam yang telah menyebarkan kerahmatan Islam kepada seluruh alam, ahlul bait baginda, para sahabat dan mereka yang membawa risalah Islam yang mengandungi rahmatan lil ‘alamin ke seluruh alam ciptaanNya.

Alhamdulillah, sebuah karya Allammah Dr Ahmed al-Raissouni dapat dialih bahasa ke dalam Bahasa Malaysia, karya yang berjudul الأمة هي الأصل kami terjemahkan dengan judul “Kuasa Rakyat”.

Ghannouchi optimis Islam sederhana

07/30/2017
by ILHAM Books

Oleh A Shukur Harun

Ketika menekuni kembali kertas kerja yang dihasilkan oleh NUNJI, program pencerahan Islam yang telah diadakan beberapa kali oleh AMANAH atas inisiatif Dr. Mujahid Yusuf Rawa dan jawatankuasanya, saya terkesan kembali akan pemikiran Dr. Rached Ghannouchi, pemimpin Tunisia yang mengetuai Parti Islam Ennahda.

Prolegomena Masa Depan Strategik Kebangkitan Islam

07/07/2017
by ILHAM Books

Idea asal untuk menerbitkan buku ini bermula semenjak 2013 iaitu hasil daripada kertas konsep yang disediakan untuk menganjurkan World Conference on Islamic Resurgence. Dikongsikan di sini bagaimana kami menghadapi pelbagai cabaran menganjurkan konferen ini di tengah konflik yang semakin kronik di Timur Tengah dan dunia Islam umumnya. Syeikh Rachid al-Ghannouchi yang menyatakan persetujuan menghadiri konferen ini telah membatalkan kunjungannya di saat-saat akhir berikutan suasana politik Tunisia yang terumbang ambing. Begitu juga Syeikh Abdel Fattah Mourou, Timbalan Presiden Parti al-Nahdah yang bersetuju menggantikan Syeikh al-Ghannouchi juga telah diarahkan kembali ke Tunisia semasa transit di Kaherah untuk ke Kuala Lumpur setelah pemerintah Mesir yang menggulingkan Presiden Mursi mengerahkan pihak berotoriti berbuat demikian. Pengalaman ini mematangkan kami dan mengambil keputusan untuk meneruskan konferen ini dengan membuat beberapa perubahan termasuk persetujuan dan kesudian Dato’ Seri Anwar Ibrahim seorang pemimpin dunia Islam yang tidak perlu diperkenalkan lagi ketrampilan dan kesarjanaannya untuk menyampaikan Ucaptama.