Cendekiawan Melayu Penyuluh Emansipasi

RM33.00
9789670630137
Out of stock

Cendekiawan Melayu Penyuluh Emansipasi

Author : Azhar Ibrahim
Page : 258 pages
ISBN: 9789670630137
Publisher: SIRD
Published: 2014

..para inteligensia kita seharusnya memikul tugas kemanusiaan dengan berfungsi sebagai peninjau idea dan penggerak menyanggah autoriti kuku besi dan salah guna kuasa, serta mengungkap gagasan idealisme pembaharuan yang boleh diterokai dalam masyarakatnya, dengan menyemai pemikiran kritis dan kreatif yang penting dalam menyuguhkan budaya berfikir. Mentelah lagi, di saat-saat ketaksuban idea dan rasa defensive apabila identiti agama/budaya kita dipalitkan dengan penjenayahan keganasan dan rasisme, adalah menjadi kewajiban di kalangan para inteligensia (a) memperbetulkan prejudis manusia yang senang mencari kambing hitam sebagai sasaran kebenciannya; (b) mengafirmasi moral restraint dalam keadaan saling tuduh dan saling berdendam; (c) menepis segala bentuk dogmatisme yang datang menjelma dalam berbagai aliran pemikiran baik agama, kebudayaan, politik dan sebagainya...

Azhar Ibrahim menghimpun makalah-makalah berkenaan para inteligensia khasnya dari sudut gagasan pemikiran yang mereka bawa. Pertemuan dan perkenalan beliau dengan mahaguru, sasterawan dan budayawan menginspirasi untuk mengenali kelompok ini dengan lebih lanjut sehingga dikumpulkan menjadi sebuah buku yang sekarang berada di tangan anda.

Hal ini agar termaklum bahawa golongan intelektual/inteligensia adalah kelompok yang penting dalam setiap masyarakat kerana mereka menjadi obor pencerahan, pengaju keadilan dan penyeru kepada perubahan dan kemajuan. Masyarakat yang terkebelakang mungkin dapat memecahkan belenggu masalah sekiranya ia memiliki kelompok intelektual berfungsi, yang tentunya didukungi oleh kepimpinan negara yang bervisi dan beretika.

Azhar Ibrahim adalah Felo Pelawat di Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Nasional Singapura (NUS). Beliau meraih ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana dari universiti yang sama dalam pengkhususan Pengajian Melayu, khasnya dalam bidang sastera Melayu klasik, pemikiran Islam Nusantara, dan wacana sastera dan inteligensia Melayu masa kini. Sebelum berkhidmat di NUS, beliau pernah menjadi pensyarah di Institut Pendidikan Nasional, Universiti Teknologi Nanyang. Tumpuan kajian beliau adalah sosiologi sastera, teologi sosial, wacana kebudayaan, peradaban dan pemikiran Islam, serta minat dalam hal-hal literasi kritis dan pembangunan intelektual Melayu. Beliau telah selesai menamatkan kajian pasca-doktoral di Fakulti Teologi, Universiti Kopenhagen, Denmark dan di Universiti Stanford, Amerika Syarikat pada 2009-2011.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.


OUR GUARANTEE

CONTACT US