Islam Agama Rahmah

RM25.00
10 days
9789672007081
In stock
+

Islam Agama Rahmah: Menanggapi Toleransi, Terorisme dan Demontrasi

Penulis: Sheikh Ali Muhyiddin Al-Qarahdaghi

Penterjemah: Furqan Abdullah

ISBN: 9789672007081

Muka Surat: 212

Penerbit: ILHAM Books

Tahun: 2017

Dewasa ini, Islam sering ditohmah dengan tohmahan yang negatif, seringkali dikaitkan dengan keganasan, pertelingkahan dan sebagainya. Perkara ini adalah disebabkan kegagalan sebahagian muslim sendiri dalam mempamerkan dan mempromosikan ajaran Islam yang rahmah. Sheikh Ali merupakan antara tokoh yang seringkali membawa mesej dan nilai rahmah dalam ajaran Islam merentasi ideologi, benua dan agama. Beliau juga telah dipertanggungjawabkan oleh Sheikh Yusuf al-Qaradhawi untuk mengetuai unit dialog keharmonian antara agama dan kebajikan minoriti.

Kepakaran beliau dalam fiqh perbandingan serta kebolehan dalam menggabung jalin antara teks-teks klasik dan pemahaman terhadap realiti serta permasalahan semasa memberi kesan kepada ijtihad dan pandangan-pandangan beliau yang kelihatan sangat segar dan relevan dalam konteks semasa.

Buku ini merupakan himpunan artikel-artikel tulisan dan pandangan beliau mengenai permasalahan yang berkisar tentang toleransi, terorisme dan demonstrasi dari perspektif manhaj wasatiyyah atau manhaj yang beliau sendiri sedang bangunkan iaitu manhaj Fiqh al-Mizan.

Untuk baca kata pengantar oleh Dr Maszlee Malik, boleh klik di sini.