100 Doa Taubat Dari al-Quran dan Hadith Nabi Muhammad SAW

RM20.00
9789672118640
In stock
+

100 Doa Taubat Dari al-Quran dan Hadith Nabi Muhammad SAW

Author: Adnin Roslan
Publisher: Tarbiah Sentap
ISBN: 9789672118640
Weight: 142 g
Pages: 115 ms
Year: 2025
Price: RM20

Pernahkah hati terasa jauh dari Allah?

Pernahkah air mata mengalir kerana dosa, tapi LIDAH TAK TAHU APA YANG PERLU DISEBUT? 

Buku ini hadir sebagai panduan dan teman buat jiwa yang mahu kembali bertaubat pada Allah.

Buku 100 DOA TAUBAT ini menghimpunkan doadoa pengampunan yang diucapkan oleh para Nabi, Rasul, dan insan beriman sepanjang sejarah, doa yang diabadikan dalam al-Qur’an, dan doa yang diajar oleh Rasulullah ﷺ sendiri.

BAB 1 mengumpulkan 30 doa dari Alquran, lafazlafaz suci yang pernah mengalir dari hati Nabi Adam, Nabi Nuh, Nabi Ibrahim, Nabi Yunus, Nabi Sulaiman, Nabi Musa, dan para kekasih Allah.

BAB 2 menghimpunkan 70 doa daripada hadith Nabi ﷺ , zikir dan istighfar yang membuka pintu rahmat, menenangkan hati, dan menghapus dosa, menjemput hidayah, istiqamah dan diselamatkan dari azab serta dimasukkan dalam syurgaNya. Setiap doa disertai teks Arab, transliterasi Rumi, maksud, syarahan ringkas, dan pengajaran yang menyentuh hati.

Bahasanya lembut, mudah difahami, dan sesuai untuk amalan harian.

Buku ini ditulis bukan untuk orang sempurna, tetapi untuk mereka yang masih mahu berubah.

Kerana Allah tidak mengharapkan kita untuk menjadi sempurna, tetapi Allah mencintai hambaNya yang tak pernah putusasa untuk kembali bertaubat padaNya.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.

Buku yang Sesuai Dibeli Bersama


OUR GUARANTEE

CONTACT US