30 Doa Daripada Al-Quran & Hadis Saat Hampir Berputus Asa
Author: Fakhri Fadzli
Publisher: IMAN Publication
ISBN: 9786297665467
Weight:300 gsm
Pages: 288 m/s
Year: 2025
Price: RM 35.00
Saat Nabi Ayub AS mengangkat tangan berdoa, baginda telah kehilangan segala-galanya.
Saat Nabi Yunus AS merintih kepada Tuhan, baginda sedang terperangkap dalam kegelapan.
Saat Nabi Musa AS memohon pertolongan-Nya, baginda diselubungi rasa resah dan gelisah.
Namun, setiap kali mereka berdoa, doa mereka dimakbulkan—cepat atau lambat, pasti adajawapan daripada-Nya.
Apa rahsia doa para anbia sehingga diperkenankan oleh Allah SWT? Adakah melalui caramereka berdoa? Dan andai kita berdoa seperti mana mereka, mungkinkah doa kita juga akan diterima?
Dalam buku ini, penulis menelusuri 30 doa terpilih daripada al-Quran dan hadis, mengungkap kisah di sebalik setiap doa serta keikhlasan para anbia saat mereka merintih kepada Allah SWT.
Melalui huraian yang penuh makna, kita akan belajar bahawa doa bukan sekadar lafaz kata,tetapi luahan hati yang tulus pada saat keterdesakan. Dan ketika hampir berputus asa, semoga kita dapat berdoa dengan penuh pengharapan—seperti yang ditunjukkan oleh mereka yang paling dekat dengan Tuhan.
1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.
2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'
3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.
4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.
5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.
6) Klik "Submit My Order".
Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:
HUBUNGI KAMI
Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.
Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.
Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.
1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.
2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.
3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.
4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.