Aceh: Sejarah Perjuangan Mendaulatkan Negara Islam 1873 - 2005

RM78.00
9789674881283
In stock
+

Aceh: Sejarah Perjuangan Mendaulatkan Negara Islam 1873 - 2005

Authors: Yusra Habib Abdul Ghani & Nordin Hussin

Publisher: UM Press

ISBN: 9789674881283

Weight:

Year: 2021

Page:

Price : RM78

Sejarah perjuangan mendaulatkan penubuhan negara Islam Aceh dipenuhi dengan cabaran dan halangan, walaupun kerajaan Islam Aceh telah jelas terbentuk sejak zaman awal moden, namun perubahan politik yang berlaku pada akhir abad ke-18 telah merubahnya. Kajian ini merungkai bagaimana kehadiran kuasa luar, seperti Belanda, Jepun dan penubuhan negara Indonesia telah mencabar dan menghalang kepada penubuhan negara bangsa Aceh. Permasalahan ini bertambah kusut selepas Perang Dunia Kedua, apabila perjuangan mendaulatkan kerajaan Islam Aceh telah berubah dari sebuah gagasan perjuangan untuk menubuhkan kerajaan Aceh yang berdaulat kepada perjuangan menuntut pelaksanaan Syari’at Islam dilaksanakan dalam lingkungan negara Indonesia.

Seterusnya pada tahun 1976, perjuangan untuk menubuhkan sebuah negara yang merdeka telah diteruskan oleh Gerakan Aceh Merdeka (GAM) yang menuntut kemerdekaan sepenuhnya dan penubuhan sebuah negara Islam. Antara persoalan kajian yang mendasari kajian ini adalah mengapakah kuasa luar menjajah Aceh yang merupakan sebuah kerajaan yang berdaulat dan merdeka, bagaimanakah tindak balas Aceh untuk mempertahankan kedaulatan negara Islam Aceh, bagaimanakah usaha penentangan gerakan Darul Islam Aceh terhadap Kerajaan Pusat Indonesia dan apakah matlamat penubuhan GAM.

Bertolak daripada persoalan ini, objektif kajian ini adalah: menganalisis faktor-faktor utama kuasa luar menjajah Aceh yang merupakan sebuah kerajaan yang berdaulat dan merdeka, usaha-usaha Aceh untuk mempertahankan kedaulatan Aceh terhadap kuasa luar, penentangan gerakan Darul Islam Aceh (DI-Aceh) terhadap Kerajaan Pusat Indonesia dan matlamat penubuhan GAM serta penubuhan negara Islam Aceh. Hasil kajian mendapati bahawa perjuangan mendaulatkan Aceh menjadi negara merdeka dan berdaulat sejak tahun 1873-2005 mengalami pasang surut, namun tetap berterusan. Ini merupakan dinamika perjuangan untuk mendaulatkan penubuhan negara Islam Aceh.

Akhirnya penemuan kajian ini menyimpulkan bahawa sejarah perjuangan mendaulatkan Aceh sebagai sebuah negara bangsa yang merdeka dan mendaulatkan daulah Islamiah sepenuhnya, masih jauh dari harapan dan cita-cita pengasasnya.


1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.


OUR GUARANTEE

CONTACT US