Adab Berusaha Dan Mencari Rezeki

RM30.00
9789671863534
In stock
+

Adab Berusaha Dan Mencari Rezeki

Author: Imam Al-Ghazali
Translator: Abdul Rauf bin Baharuddin, Fahrul Razi bin Abdul Razak , Mohd Fauzan bin Abdullah , Nurul Hazimah binti Baharom
Publisher: Rabbani Books & Media
ISBN: 9789671863534
Weight: 0.187 kg
Page: 149 pages
Year: 2025
Price: RM30.00

ISI KANDUNGAN BUKU

Bab pertama menghuraikan mengenai kelebihan dan galakan berusaha berdasarkan suluhan al-Quran dan hadis serta kisah-kisah para salafussoleh. Turut dibincangkan mengenai salah faham tentang "jangan mencari dunia atau kekayaan" dan beberapa golongan khusus dalam soal ini.

Bab kedua pula menjelaskan ilmu yang sahih mengenai hukum-hakam muamalat. Ada antara kita yang berusaha mencari rezeki dengan mengambil upah (gaji), ada yang berniaga. Berniaga pun ada yang bersendirian, dan ada yang berkongsi (yang membabitkan akad mudarabah dan syarikat). Kehidupan harian kita juga pasti tidak dapat mengelak daripada membabitkan soal jual-beli, tempah, sewa dan sebagainya. Semua aspek ini ada hukum-hakam syariahnya yang wajib dipelajari bagi mereka yang terlibat. Maka sewajarnya kita menghalusi soal hukum-hakam setiap akad muamalat ini agar jelas halal-haramnya dalam setiap aktiviti tersebut.

Bab ketiga pula menjelaskan mengenai cara berlaku adil dan tidak menzalimi pihak lain ketika bermuamalat. Hal ini antaranya ialah mengenai soal tidak menyorokkan kecacatan yang terdapat pada barang niaga, atau menyembunyikan sebarang spesifikasi barang atau harga semasa. Menggambarkan produk yang dijual lebih daripada yang sepatutnya juga boleh menyebabkan pembeli dizalimi haknya. Semua ini perlu dielakkan oleh orang yang soleh.

Bab keempat menyentuh tentang berbuat baik (ihsan) dalam muamalat. Ini adalah untuk mereka yang hendak menjadi golongan muqarrabin (yang hampir dengan Tuhan) agar perniagaan (akhirat)nya bukan sekadar balik modal, tetapi mendapat keuntungan. Ada enam fasal seluruhnya. Antaranya tentang soal penetapan harga, hutang-piutang, pembatalan urusniaga, dan urus niaga dengan golongan fakir miskin.

Bab kelima pula untuk mereka yang hendak mencapai tahap siddiqin dalam mereka berusaha mencari rezeki. Ada tujuh fasal seluruhnya. Antaranya tentang niat dan pegangan yang baik sewaktu memulakan pekerjaan, hasrat menunaikan tanggungjawab fardu kifayah dengan pekerjaan tersebut, pasar dunia tidak menghalang daripada pasar akhirat (masjid), melazimi zikrullah, mewaspadai perkara-perkara syubhah dan beberapa perkara lagi.

Dengan berusaha melakukan pekerjaan dengan betul serta menepati hukum-hakam dan adab-adab syariah boleh menjadikan pekerjaan tersebut sebagai amal ibadat kita untuk dijadikan bekalan di Akhirat nanti, inshaAllah.

Semoga buku ini dapat menjadi pedoman dan panduan kita dalam berusaha mencari rezeki-Nya.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.

Buku yang Sesuai Dibeli Bersama


OUR GUARANTEE

CONTACT US