Adat Budaya Dan Teknologi Alam Melayu Memacu Kesejahteraan

RM30.00
9786297547251
Out of stock

Adat Budaya Dan Teknologi Alam Melayu Memacu Kesejahteraan

Author:  Asyaari Muhamad & Sri Yanti Mahadzir
Publisher:   UKM Press
ISBN:  9786297547251
Weight: 0.250
Pages: 161pp
Year: 2023
Price: RM30

Buku ini adalah cetusan daripada hasil pembentangan kertas penyelidikan para ilmuwan di Persidangan Antarabangsa Pengajian Alam Melayu (PAPAM) kali ke-2 yang berlangsung di Taichung, Taiwan. Selain Taiwan, PAPAM telah berjaya menjalinkan kerjasama dengan pihak antarabangsa yang lain termasuklah SOAS, London dalam penganjuran pertama dahulu. Penganjuran persidangan kali ini turut berjaya menyatukan dan menghimpun para sarjana/pakar/ilmuwan bidang alam Melayu merentas dunia ke Taiwan sambil menyatakan kesepaduan nada dalam mengekspresikan perjuangan, harapan, kesejahteraan hidup dan penyelesaian isu yang terkait kemapanan dan kelestarian negara bangsa.

Adat, budaya dan teknologi sememangnya memberi kesan terhadap kehidupan seharian manusia sejagat. Malaysia adalah salah sebuah negara yang kaya dengan adat dan warisan budaya yang tinggi. Tidak ketinggalan juga teknologi agung yang dihasilkan oleh masyarakat terdahulu membuktikan bahawa masyarakat Melayu mempunyai kearifan tempatan dan pemikiran yang bernilai tinggi. Justeru, penulisan berkaitan adat, budaya dan teknologi tempatan diusahakan bagi memenuhi keperluan penyelidik, profesional dan pencinta warisan budaya tempatan khususnya dan semua pembaca yang berminat amnya.

Kandungan buku ini menunjukkan kepelbagaian topik yang berkait dengan adat, budaya dan teknologi di alam Melayu yang memacu kepada kesejahteraan hidup bermasyarakat terutamanya Malaysia yang mempunyai kepelbagaian kaum yang hidup dengan harmoni. Buku ini juga membantu dalam penyebaran maklumat global tentang adat, budaya dan teknologi masyarakat di Malaysia dan seterusnya mendidik masyarakat tentang warisan budaya dan khazanah yang dimiliki.

Ucapan ribuan terima kasih kepada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Feng Chia University (FCU) atas pembiayaan PAPAM ke-2 yang selari dengan geran penyelidikan MRUN International dan 12/Adat Budaya Dan Teknologi Alam Melayu Memacu Kesejahteraan

MoU yang ditandatangani. Ucapan penghargaan dan terima kasih juga dirakamkan kepada para penulis yang terlibat serta mereka yang membantu memberi pandangan dan buah fikiran yang bernas sehingga buku ini berjaya diterbitkan. Terima kasih juga diucapkan kepada semua pihak yang telah memberi sokongan dan dorongan untuk menghasilkan buku ini terutamanya pihak Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) dan UKM dengan kelulusan Dana Penerbitan Buku (DPB-2022-143) serta Skim Geran Inisiatif Penyelidikan-PDF (RPDF19-006-0016), dan Geran Khas (SP17-001-0263) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Semoga buku ini memberi manfaat kepada semua pembaca.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.


OUR GUARANTEE

CONTACT US