Ajaran Sesat Di Negeri Terengganu (2009)
Author: Engku Ahmad Zaki Engku Alwi
Publisher: UNISZA
ISBN: 9789839842333
Weight:
Pages:
Year:
Price: RM20
Ajaran seat dalam Islam bole ditafsirkan sebagai sebarang ajaran atau amalan yang dibawa oleh orang Islam atau orang bukan Islam yang mendakwa ajaran dan amalan tersebut berdasarkan ajaran Islam, sedangkan pada hakikatnya ajaran dan amalan yang dibawa itu bertentangan dan berlawanan dengan akidah Islamiah, bertentangan dengan al-Quran dan al-Sunnah, bertentangan dengan mazhab yang mutabar dan bertentangan dengan Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah. Buku
ini mengupas persoalan ajaran sesat di Terengganu dengan memberikan takrif, pengasasannya, pembanterasan seta beberapa aspek lain. Pengarang ini menilai ajaran sesat daripada sudut akidah. Ajaran sesat ini muncul sejak zaman Rasulullah s.a.w. lagi. Di antara kumpulan pertama yang diketahui adalah kumpulan yang diketuai al-Aswad al-'Unsi dan Musaylamah al-Kadhdhab. Dan sehingga sekarang pun ajaran seat ini berkembang dalam pelbagai bentuk dan ciri. Di Terengganu di antara kumpulan baru yang dikenal ialah kumpulan Ayah Pin yang antara lain ketuanya dikatakan pernah mendakwa dirinya sebagai tuhan. Buku ini juga membentangkan usaha pembanterasan kumpulan Ayah Pin dan kumpulan ajaran sesat lain, khasnya melalui institusi yang diamanahkan dalam mentadbir dan membangun Islam di Negeri Terengganu.
1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.
2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'
3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.
4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.
5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.
6) Klik "Submit My Order".
Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:
HUBUNGI KAMI
Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.
Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.
Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.
1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.
2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.
3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.
4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.