Al-Amin Fi Al-Arbain Min Ahadith Sayyid Al-Mursalin: 40 Ṣifāt Terpuji Daripada Ḥadīth Penghulu Sekalian Nabī (Berserta Terjemahan Dan Keterangan Dalam Bahasa Jāwī)
Author: Kiyai Aḥmad Zuhrī Mutammim
Publisher: Akademi Jawi Malaysia
ISBN: 9789672422211
Weight: 350
Pages: 164
Year: 2021
Price: RM35
Sepanjang sejarah perjalanan agama Islām, terdapat sebilangan ‘ulamā’ yang sentiasa berusaha mengumpulkan empat puluh ḥadīth nabawī—mengambil berkat daripada sebuah sabda Baginda Rasūlu’Llāh ṣallā’Llāhu ‘alayhi wa-sallam, bahawa barang siapa mengḥafaẓ empat puluh ḥadīth daripadanya, akan dibangkitkan sebagai seorang faqīh lagi ‘ālim pada hari qiyāmat (aw kamā qāl). Antara kumpulan-kumpulan aḥādīth yang terkenal adalah Ḥadīth 40 yang dikumpul oleh al-Imām al-Nawawī raḥimahu’Llāh.
Para ‘ulamā’ dari ‘Ālam Melayu turut menuruti tradisi ini, antaranya adalah al-Marḥūm Kiyai Aḥmad Zuhrī Mutammim Singapura. Kiyai Aḥmad Zuhrī telah mengumpulkan 40 ḥadīth berkenaan pelbagai asās-asās agama Islām; faḍīlat sembahyang, puasa, zakāt dan ḥaji; anjuran berakhlāq mulia; kewājipan amar ma‘rūf dan nahī munkar; serta sebahagian ‘amalan penting daripada ‘ilmu taṣawwuf. Matan-matan ḥadīth yang dikumpul dilampirkan bersama ma‘nānya, disertai keterangan ringkas dalam bahasa yang mudah dan lembut.
Disertai dengan Pengenalan oleh Dr. Mohd. Khafidz Soroni dari Institut Kajian Hadis dan Akidah (INHAD), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.
****
Kiyai Aḥmad Zuhrī Mutammim (1905-1985) ialah tokoh 'ulamā' yang mashhūr dari Singapura. Beliau merupakan Yang di-Pertua pertama bagi Persatuan Guru-guru Agama Islam Singapura (PERGAS) yang ditubuhkan pada tahun 1957 serta Guru Besar (Mudir) Madrasah al-Saqqāf al-‘Arabiyyah, Singapura. Kiyai Zuhri pernah menjadi sebahagian anggota Jawatankuasa Fatwa Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS). Beliau menguasai ‘ilmu fiqh, naḥu, tafsīr, ḥadīth, uṣūluddīn, taṣawwūf dan balāghah. Atas jasanya yang besar kepada masharakat di Singapura, Kiyai Zuhri dianugerahi ''Ilmiawan’ MUIS pada 1979 dan ‘Jasawan’ PERGAS pada 1982.
“Antara yang mena‘jubkan, Kiyai Ḥāji Aḥmad Zuhrī hanya memilih ḥadīth-ḥadīth yang ṣaḥīḥ dan ḥasan sahaja untuk dimuatkan di dalam karyanya ini. Keprihatinan terhadap aspek ini, menunjukkan beliau cukup memahami keperluan untuk mengenal pasti kedudukan ḥadīth-ḥadīth Nabi SAW yang perlu diajarkan dan disebarkan kepada masharakat.”
- Dr. Mohd. Khafidz Soroni
“Maka permulaan mengetahui itu belajar dan kesudahannya itu ber‘amal. Maka kedua-dua itu menjadi tanda bagi kebaikan.”
- Kiyai Ahmad Zuhrī Mutammim (1905-1985)
1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.
2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'
3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.
4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.
5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.
6) Klik "Submit My Order".
Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:
HUBUNGI KAMI
Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.
Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.
Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.
1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.
2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.
3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.
4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.