​Alisa Dalam Alam Mimpi

RM40.00
10 days
9831003373
In stock
+

Alisa Dalam Alam Mimpi

Author/Editor: Zubaidah Ibrahim-Bell, Jawakhir Mior Jaafar

Publisher: UM Press

ISBN: 9831003373

Weight: 300

Pages:

Year: 2015

Price: RM40


Kisah bermula apabila Alisa terjatuh ke dalam sebuah lubang arnab dan muncul di dalam dunia yang aneh. Dia mendapati yang dia boleh membesar dan mengecil, berjumpa dengan haiwan yang pandai berkata-kata, dan menyedari bahawa bahasa kadangkala tidak membawa makna. Dia juga bertemu dengan seekor Ulat Bulu yang menghisap hookah, seekor burung dodo, Duchess yang mempunyai bayi ganjil dan kucing Cheshire yang selalu tersengih. Alisa disuruh oleh Kucing tersebut supaya pergi ke jamuan teh di rumah Si Pembuat Topi Gila, Arnab Mac, dan Tikus Belanda. Terdapat juga seorang Ratu yang sebenarnya hanyalah daun terup Hati. Ratu memperkenalkan Alisa kepada makhluk raksasa yang dipanggil Grifon. Makhluk ini membawanya berjumpa Penyu Tiruan dan mereka bercerita kepada Alisa tentang hal-hal pelik zaman persekolahan mereka, kemudian menari tarian yang digelar Quadril Udang Kara. Akhir sekali, Alisa dipanggil untuk memberikan keterangan dalam satu perbicaraan mahkamah. Alisa mendapati perbicaraan tersebut tidak masuk akal, jadi dia melemparkan watak-watak kad tersebut ke udara. Tiba-tiba dia terjaga. Rupa-rupanya dia bermimpi dan mendapati dirinya kembali di tebing sungai bersama-sama kakaknya. Lebih dari satu abad setengah, pembaca bahasa Inggeris telah menikmati cerita ‘Alice’s Adventures in Wonderland’ ini. Selama bertahun-tahun pula, pembaca dalam bahasa-bahasa lain, telah dapat berkongsi pengalaman membaca cerita yang penuh keanehan dan mainan kata ini, melalui terjemahan. Akhirnya, pada kali ini, barulah pembaca bahasa Melayu dapat menikmati cerita ‘Alice’s Adventures in Wonderland’ yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu oleh Dr Zubaidah Ibrahim-Bell dan Dr Jawakhir Mior Jaafar.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.

Buku yang Sesuai Dibeli Bersama


JAMINAN KAMI

HUBUNGI KAMI