Allah Menurut Al Ghazali

RM64.00
9789674881900
In stock
+

Allah Menurut Al Ghazali

Author: Mohd Fauzi Hamat & Mohd Hasrul Shuhari
Publisher: UM Press
ISBN: 9789674881900
Weight: 
Pages:
Year: 2021
Price: RM64

Buku ini membahaskan wacana ketuhanan al-Quran dan al-Hadis, sebagaimana yang diikuti oleh umat Islam pada zaman Rasulullah SAW, zaman para sahabat dan ulama salaf. Ia disusuli dengan perbahasan tentang manhaj al-Asha‘irah dalam wacana tersebut yang meneruskan usaha memberi kefahaman kepada umat Islam sepanjang zaman terhadap prinsip-prinsip akidah ketuhanan yang perlu disabitkan kebenarannya dan ditolak aliran-aliran yang menyeleweng daripadanya. Penonjolan pemikiran mazhab ini adalah perlu kerana manhaj majoriti atau aliran arus perdana umat Islam (al-sawad al-a’zam) telah dipertahankan oleh tokoh penghujah umat Islam terkenal, al-Imam al-Ghazali.

Beliau adalah tokoh ulama kalam daripada al-Asha`irah yang telah mengetengahkan manhaj akidah sederhana (iqtisad) atau pertengahan (wasati) dalam wacana akidah, khususnya dalam tradisi ilmu kalam. Manhaj ini menggabungjalinkan antara pendekatan nakliah dengan akliah secara harmoni dalam wacana akidah ketuhanan. Dijelaskan juga batasan wacana ilmu kalam dalam pengajian akidah dan tahap kewajaran pendedahannya kepada masyarakat awam. Buku ini turut memfokuskan perbahasan zat, sifat-sifat, perbuatan-perbuatan dan nama-nama bagi Allah SWT berdasarkan pandangan al-Ghazali di samping para ulama muktabar yang lain. Ia berkaitan rapat dengan tuntutan penting dalam kalimah tauhid iaitu la ilah illa Allah yang merupakan salah satu rukun penting dalam Rukun Islam dan Rukun Iman berdasarkan pandangan Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah. 

Selain itu, buku ini juga menjelaskan pengaruh pemikiran akidah dan akhlak yang merupakan kesan daripada penghayatan terhadap prinsip-prinsip keimanan menurut huraian al-Ghazali kepada para ulama Melayu seperti yang dapat diperhatikan dalam karya-karya mereka seperti kitab al-Durr al Nafis, karangan Muhammad Nafis ibn Idris al-Banjari, Sayr al-Salikin dan Hidayah al-Salikin, karangan `Abd al-Samad al-Falimbani, Minhaj al-‘Abidin, karangan berupa terjemahan oleh Dawud al-Fatani dan Thamarat al-Muhimmah, karangan Raja ‘Ali Haji. Buku ini sesuai untuk tatapan dan rujukan pihak pemerintah (ulil amri), para ilmuwan dan cendekiawan, para pengkaji, para guru, para pelajar dan masyarakat awam yang berminat untuk mengkaji wacana ketuhanan yang boleh mencerahkan kefahaman mereka terhadap “Allah SWT” menurut huraian al-Ghazali. 

Justeru, buku ini wajar dijadikan rujukan khususnya bagi membantu kefahaman seseorang terhadap wacana ketuhanan Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah aliran al-Asha’irah yang menjadi pegangan majoriti umat Islam di Malaysia khususnya dan rantau Nusantara umumnya.



1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.

Buku yang Sesuai Dibeli Bersama


OUR GUARANTEE

CONTACT US