​Analisis Ekonomi Islam

RM35.00
9789674123017
In stock
+

Analisis Ekonomi Islam

Author: Sanep Ahmad
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789674123017
Weight: 0.441
Pages: 300pp
Year: 2019
Price: RM35.00

Kaedah menganalisis ilmu Ekonomi Islam adalah satu bidang yang sentiasa berkembang selaras dengan perkembangan kaedah dan analisis ilmu ekonomi semasa. Bermula dengan pendekatan falsafah, analisis ilmu Ekonomi Islam kini bergerak ke arah analisis teoretikal dan empirikal. Pelbagai bidang kajian seperti kewangan Islam, perbankan Islam, pengurusan Islam dan analisis kajian gelagat agen ekonomi mengikut perspektif Islam kini telah menggunakan pendekatan teoritikal dan empirikal. Sehubungan dengan itu, buku ini menganalisis kajian gelagat agen ekonomi mengikut perspektif Islam menggunakan pendekatan teoritikal dan empirikal. Pendekatan analisis teoritikal dan empirikal digunakan bertujuan untuk memahami gelagat agen ekonomi secara lebih mendalam di samping untuk memudahkan membuat perbandingan dengan gelagat agen ekonomi mengikut perspektif konvensional. Pendekatan yang digunakan akan menggunakan teori asas dalam ilmu Mikroekonomi dan Makroekonomi sebagaimana lazimnya digunakan dalam menganalisis gelagat agen ekonomi. Di samping itu, pendekatan sedemikian juga mudah diikuti oleh golongan yang berlatar belakang ilmu ekonomi konvensional. Buku ini mempunyai empat bahagian yang mana perbincangan difokuskan kepada beberapa tajuk tertentu meliputi metodologi kajian ilmu ekonomi Islam, pemodelan kajian ekonomi Islam, gelagat pengguna, gelagat firma, analisis harga pasaran, analisis faktor, analisis keseimbangan pasaran, dan model agregat Makroekonomi. Analisis bagi setiap tajuk dilakukan dengan menggunakan analisis perbandingan pendekatan ekonomi konvensional dan ekonomi Islam berdasarkan pemodelan matematik dan gambar rajah. Walau pun pendekatan yang digunakan dalam buku ini agak teknikal, namun buku ini amat wajar dijadikan bahan rujukan oleh pelajar dan pengkaji ilmu ekonomi Islam yang ingin mendalami lagi kaedah analisis ilmu ekonomi Islam.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.


OUR GUARANTEE

CONTACT US