Analisis Pemikiran M. Quraish Shihab dalam Tafsir Al-Mishbah

RM35.00
9789674123703
In stock
+

Analisis Pemikiran M. Quraish Shihab dalam Tafsir Al-Mishbah

Author: Abur Hamdi Usman & Mazlan Ibrahim
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789674123703
Pages: 171 (softcover)
Year: 2017
Weight: 0.2kg
Price: RM35

Buku ini membincangkan pemikiran tafsir salah seorang tokoh musafir Nusantara, iaitu M. Quraish Shihab yang bertajuk Tafsir Al-Mishbah. Kandungan buku ini banyak menekan keperluan memahami al-Quran menurut konteks ayat dan kefahaman makna bahasa serta tidak semata-mata terfokus kepada makna teks. Menurut beliau lagi, pentafsiran al-Quran tidak pernah berakhir, malahan dari semasa ke semasa akan muncul pentafsiran baharu selaras dengan perkembangan ilmu dan tuntutan kemajuan. Kemampuan M. Quraish Shihab memahami makna ayat berdasarkan penguasaan bahasa Arab yang dimiliki dan mentafsirkannya ke dalam bahasa Melayu Indonesia menjadikan tafsir beliau lebih mudah difahami dan lebih rapat kepada pembaca. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa pentafsiran beliau perlu dimurnikan kerana menyalahi tafsiran yang dilakukan oleh para ahli tafsir yang muktabar. 

Justeru itu, buku ini mengemukakan beberpa tafsiran beliau yang menyalahi tafsiran ulama lain sebagai satu usaha permulaan yang mungkin boleh dikembangkan lagi pada masa akan datang. Penekanan buku ini hanya difokuskan kepada beberapa isu utama, seperti kepelbagaian qiraat, pentafsiran berdasarkan konteks dan kesesuaian ayat, hadis, kaedah feqah dan usul feqah serta permikiran tafsir berdasarkan makna bahasa. Ekoran daripada itu, buku ini diharapkan mampu membuka mata bagi analisis yang lebih meluas dan mendalam terhadap kandungan kitab Tafsir Al-Mishbah agar pandangan M. Quraish Shihab yang menyalahi tafsiran ulama muktabar dapat dizahirkan. Namun begitu kaedah-kaedah lain yang diguna pakai oleh beliau sememangnya merupakan kaedah yang diguna pakai para musafir bagi memastikan pentafsiran mereka selaras dengan kehendak syarak serta tidak terseleweng.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.


OUR GUARANTEE

CONTACT US