​Ancaman Komunis dan Islamic State di Malaysia

RM30.00
9789674128203
Out of stock

Ancaman Komunis dan Islamic State di Malaysia

Author: Arbaiyah Jusop & Zarina Othman

Publisher: UKM Press

ISBN: 9789674128203

Weight:

Year: 2020

Page: 151 pp

Price : RM30

Trend terorisme antarabangsa telah berubah semenjak berakhirnya era Perang Dingin daripada ancaman berbentuk ketenteraan atau 'keselamatan tradisional' kepada ancaman berbentuk bukan ketenteraan atau 'keselamatan bukan tradisional'. Perubahan teknologi dan perkembangan situasi hubungan antarabangsa telah memberikan demensi baharu kepada fenomena terorisme global. Ancaman keselamatan bentuk baharu ini turut mengubah paradigma ancaman terhadap keselamatan negara. Bagi memahami dengan lebih jelas mengenai ancaman keganasan dari kumpulan-kumpulan pengganas bentuk lama dan baharu, buku ini membandingkan pengasas PKM dengan IS secara mendalam di Malaysia.

Penulis membahagikan buku ini kepada lima bab seperti berikut:

Bab Pertama merupakan pengenalan dan latar belakang mengenai ancaman dan isu keselamatan negara. Perkara yang dikupas termasuklah isu sebenar yang dibincangkan, penyataan permasalahan, sorotan kajian lepas, metodologi serta teori dan Konsep.

Bab Kedua mengulas tentang latar belakang dan perkembangan ancaman Komunis terhadap keselamatan global dan Malaysia sebelum dan selepas Perang Dingin. Malaysia berpaksikan negara demokrasi manakala terdapat negara-negara lain yang berpaksikan ideologi Komunis. Bab ini membincangkan bagaimana sistem antarabangsa menyumbang terhadap dunia bipolar. Ancaman ini termasuk dari segi ideologi, sistem politik, keadaan Malaysia sebelum dan selepas merdeka serta pembentukan masyarakat majmuk di negara ini.

Dalam Bab Ketiga, penulis membincangkan perbandingan Komunis dan IS. Bab ini penting kerana ia mengkaji dan membandingkan ideologi dan kaedah-kaedah radikalisasi bentuk lama dan baru yang digunakan oleh Komunis dan IS seperti strategi, modus operandi, propaganda, struktur organisasi, sumber kewangan dan faktor motivasi yang menarik penyertaan masyarakat umum terhadap kumpulan pengganas ini.

Bab Keempat mengkaji ancaman IS dalam konteks keselamatan iaitu nilai-nilai teras Malaysia iaitu (i) kestabilan sosio-politik; ii) kesepaduan nasional dan ii) keselamatan rakyat Malaysia. Bab ini cuba memmahami ancaman IS terhadap tiga nilai teras ini. Nilai-nilai teras ini memainkan peranan yang penting bagi mewujudkan ketenteraman awam di Malaysia.

Bab Kelima adalah kesimpulan secara keseluruhan berkaitan isu- isu yang telah dikupas dan memberi gambaran jelas kepada pembaca akan isu-isu keselamatan negara, berdasarkan kes ancaman komunisme berbanding ancaman IS.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.


OUR GUARANTEE

CONTACT US