Apabila Izrail Menjemput Hartaku Milik Siapa?
Author: Muhammad Mu'izz Abdullah & Abdul Bari Awang
Publisher: Dewan Bahasa & Pustaka
ISBN: 9789834954154
Weight: 320 g
Pages: 193 pp
Year: 2026
Price: RM45
"Aku tiada masa untuk turun naik mahkamah." "Jika aku buat pentadbiran pusaka pun, bahagian yang aku dapat sikit je, baik aku simpan duit." "Mana aku ada aset, setakat motor cabuk. Baik guna duit tu membaharui cukai jalan." "Selepas ayah tiada nanti, duit tunai ayah dalam bank jangan lupa bagi sedekah dan wakafkan kepada fakir miskin." Kata-kata di atas sebahagian daripada situasi yang berlaku dalam kalangan masyarakat berkaitan dengan pengurusan harta pusaka. Kurangnya pengetahuan berkenaan dengan pengurusan harta pusaka yang sistematik sama ada semasa hidup si mati atau setelah kematiannya menyebabkan pelbagai masalah yang timbul. Harta yang ditinggalkan tidak diuruskan dengan baik dan dimanfaatkan dengan sebaiknya oleh waris si mati. Akibatnya, banyak harta yang tidak dituntut, kebajikan waris terabai, bahkan terputusnya hubungan silaturahim dalam kalangan keluarga. Oleh yang demikian, buku ini memberikan perkongsian yang praktikal dalam pengurusan harta pusaka. Buku ini sesuai dibaca oleh semua lapisan masyarakat dan peringkat umur.
1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.
2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'
3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.
4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.
5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.
6) Klik "Submit My Order".
Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:
HUBUNGI KAMI
Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.
Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.
Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.
1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.
2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.
3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.
4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.




.png?1505614499861)
.png?1505614471291)

