Aqidah Tahawiyyah: Syarah dan Ulasan oleh Syaikh Al-Albani
Translator: Maktabah Dar Ar-Rakhis Enterprise
Publisher: PiS
ISBN: 9789671443194
Weight: 0.6kg
Pages: 454
Year: 2024
Price: RM48
Kitab ‘Aqīdah al-Ṭaḥāwiyyah ini adalah sebuah kitab matan akidah Ahl al-Sunnah wa al-Jamā‘ah yang dikarang oleh Imām Abū Ja‘far al-Ṭaḥāwī rahimahullāh dan disertakan dengan syarahan serta ulasan oleh Syaikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī rahimahullāh. Ini merupakan kitab permulaan yang sangat baik bagi mereka yang ingin mendalami akidah Ahl al-Sunnah wa al-Jamā‘ah. Syarahannya begitu ringkas, tetapi padat. Buku ini juga penting untuk membetulkan persepsi sebahagian pihak yang menuduh Syaikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī dengan tuduhan-tuduhan yang tidak benar seperti beliau berakidah murji’ah. Di dalam buku ini kita dapat melihat bagaimana beliau men-taqrir-kan masalah iman sesuai dengan akidah Ahl al-Sunnah wa al-Jamā‘ah.
Jika dibandingkan buku ini dengan kitab-kitab akidah para imām terdahulu, contoh yang pertama berkenaan dengan status al-Qur’ān sebagai kalam Allāh ataupun sebagai makhluk. Kita boleh lihat bahawa pandangan yang dikemukan di dalam buku ini selari dengan pandangan Imām al-Ṭabarī di dalam kitab Ṣarīḥ al-Sunnah, Imām Aḥmad di dalam Syarḥ Uṣūl al-Sunnah dan al-Lālikā’ī di dalam Syarḥ Uṣūl al-I‘tiqād Ahl al-Sunnah wa al-Jamā‘ah. Selain itu, banyak lagi contoh-contoh yang boleh dikemukakan seperti keberadaan Allāh di atas ‘Arsy, masalah pembahagian iman, kudrat dan irādah Allāh, masalah qaḍā’ dan qadar dan lain-lain.
Pada asasnya, kebanyakan ulasan yang dibawakan oleh Syaikh Al-Albani berkenaan dengan akidah yang dimuatkan di dalam buku ini merupakan saringan dan ringkasan daripada pandangan ulama-ulama terdahulu.
Kebanyakannya dinukilkan daripada kitab Syarḥ al-‘Aqīdah al-Ṭaḥāwiyyah yang dikarang boleh Imām ibn Abī ‘Izz al-Ḥanafī. Ada sebahagian daripada matan al-Ṭaḥāwiyyah ini diberikan ulasan yang ringkas, dan ada yang diberikan ulasan yang panjang. Selain itu, ada juga yang tidak diberikan apa-apa ulasan kerana barangkali Syaikh al-Albānī berpandangan bahawa matan tersebut sudah jelas dan tidak perlu diberikan apa-apa ulasan lagi.
1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.
2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'
3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.
4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.
5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.
6) Klik "Submit My Order".
Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:
HUBUNGI KAMI
Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.
Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.
Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.
1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.
2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.
3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.
4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.