Babi, Kongkang, Panda dan Hal-hal yang Dipungut Kembali

RM45.00
9786299951827
In stock
+

Babi, Kongkang, Panda dan Hal-hal yang Dipungut Kembali

Author: Faisal Tehrani
Publisher: Cerekayasa
ISBN: 9786299951827
Weight: 0.31 kg
Pages: 283
Year: 2024
Price: RM45

Babi, Kongkang, Panda dan Hal-hal yang Dipungut Kembali menghimpunkan 25 buah espen, iaitu gabungan esei dan cerpen karya Faisal Tehrani. Justeru, inilah espen. Esei yang dipadukan dengan elemen cerpen. Harapannya ialah pembaca akan mendapatkan kemanusiaan, kebenaran, kejujuran, keindahan dan mungkin ditokok satu lagi komponen iaitu proses kognitif; penaakulan. Diintikan fakta dan kadang kala angka, esei ini dikelim dengan plot, tema, latar, watak dan bumbunya kembali kepada pencarian, atau zeteo. Espen ini merentang masa empat lima tahun ke belakang. Masa lima tahun yang dipanggil era keciciran. Di mana kanak-kanak melesat menjadi remaja; manakala yang berusia tiba-tiba di jurang kematian. Entah salah apa, masa lima tahun kebelakangan itu menjadikan persekitaran pembaca mencepat secara roket dan banyak hal yang belum matang, dilihat seakan matang. Ia era yang sempat membuat si polan, dan polan-polan lainnya gerun.

Espen ini dikarang dalam era masa mencepat dan orang memaksakan kematangan dengan penuh ketergesaan. Sewaktu itu juga si polan merasai dunia siasah lebih ganas daripada biasa. Ada desakan zeteo. Ramai meraba mencari kerukunan dengan harapan segala identiti yang beragam akan menjejak kesetaraan. Si polan juga merasakan kepura-puraan demikian telanjang, dan selamba menayangkan kebogelannya. Dalam erti kata lain, orang berasa tidak malu berbohong. Ramai yang mengimani akan kebohongan itu langsung melanjutkannya. Kalau ada karat-karat kemanusiaan ia tidak lagi dimaknai dengan kesucian agama kerana orang sendiri sudah nanar dan keliru macam apakah agama itu?

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.

Buku yang Sesuai Dibeli Bersama


OUR GUARANTEE

CONTACT US