Badiuzzaman Said Nursi Penerus Peradaban Insan
Editor: Rahimah Embong, Fadzli Adam, Mohamad Zaidin Mat & Hanis Md Lateh
Publisher: Unisza Press
ISBN: 9789672231097
Weight: 0.25
Pages: 150pp
Year: 2023
Price: RM49
Badiuzzaman Said Nursi (1877-1960) merupakan tokoh penting dalam lipatan sejarah Islam. Said Nursi merupakan tokoh pemikir Turki yang berjaya mengetengahkan pendekatan-pendekatan Islam dalam mendepani kolonialisme dan sekularisme. Perjuangan Nursi adalah melalui kekuatan lisan dan penanya. Kekuatan ini dapat dilihat melalui hasil karya beliau, terutamanya Rasa’il al-Nur di samping karya-karya lain. Buku ini menghimpunkan perspektif sarjana tempatan terhadap Nursi daripada pelbagai aspek. Nursi penerus peradaban insan, bukan melalui retorik yang dibawa oleh ketaksuban, sebaliknya dibuktikan secara ilmiah dalam buku ini. Badiuzzaman Said Nursi mempunyai pandangan luas terhadap Islam sama ada sebagai landasan masyarakat kontemporari mahupun sebagai hala tuju umat akan datang. Buku ini telah mengangkat Nursi sebagai simbol kebangkitan Islam di Turki ketika menghadapi era sekularisme dan kolonialisme. Selain itu, buku ini turut mengungkap pendekatan Nursi dalam mendepani cabaran akidah serta menformulasikan penerapan yang sejajar dengan permasalahan dalam bidang ini. Seterusnya, Nursi juga diangkat melalui tafsiran-tafsiran beliau terhadap isu sosial yang dipasakkan kepada ajaran Islam sebenar. Bahkan, sudut pandang Nursi yang sangat luas terhadap pelbagai isu seperti kesufian, dialog peradaban, pendidikan dan cinta hakiki turut dimuatkan dalam buku ini. Oleh yang demikian, ketokohan Nursi di akhir abad ke-19M sehingga pertengahan ke-20M merupakan mutiara yang sangat bernilai teradap peradaban Islam pada hari ini. Walaupun Nursi telah tidur selamanya sejak 57 tahun yang lalu, tetapi sudut pandang beliau yang melangkaui zaman dan sempadan telah membuktikan bahawa beliau merupakan penerus peradaban insan. Buku ini sesuai dimiliki oleh pelajar, orang awam, ahli akademik dan mana-mana individu yang terlibat langsung dengan cabaran pembangunan Islam, permasalahan masyarakat dan perkembangan negara. Selain itu, individu yang terlibat dalam bidang politik, sosiologi, dialog peradaban, sejarah dan ketamadunan wajar memiliki buku ini sebagai salah satu asas penting disiplin yang diikuti. Walaupun begitu, individu di luar bidang turut digalakkan membacanya, sementelahan karya ini merupakan garapan pemikiran dan ketokohan yang bertepatan sebagai panduan dan pedoman menyelami Badiuzzaman Said Nursi ‘penerus peradaban insan’.
1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.
2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'
3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.
4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.
5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.
6) Klik "Submit My Order".
Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:
HUBUNGI KAMI
Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.
Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.
Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.
1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.
2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.
3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.
4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.