Bahasa Melayu Untuk Penutur Asing Tahap 1

RM25.00
9789834948511
Out of stock

Bahasa Melayu Untuk Penutur Asing Tahap 1

Author: Nor Hashimah Jalaluddin, Mardian Shah Omar & Maulana Al Fin Che Man
Publisher: Dewan Bahasa Dan Pustaka
ISBN: 9789834948511
Weight: 0.2 kg
Pages: 77 pp
Year: 2025
Price: RM25

Mengetahui lebih daripada satu bahasa merupakan satu kelebihan bagi setiap individu. Setiap individu mempunyai cita rasa dan minat yang berbeza. Namun, perbezaan ini perlu diraikan dengan menyediakan bahan bacaan yang sesuai. Buku Bahasa Melayu untuk Penutur Asing ialah wadah terbaik untuk mereka yang berminat bagi mempelajari bahasa Melayu.

Tema-tema menarik yang bersinambungan telah ditenun bagi membantu penutur asing untuk memahami bahasa Melayu asas terlebih dahulu. Gambar-gambar dan maklumat dalam gelembung mampu menarik perhatian pelajar untuk mendekati bahasa Melayu. Selain glosari, ada beberapa latihan yang disediakan bagi memberi mereka ruang untuk memahami bahasa Melayu dengan lebih baik. Latihan yang disediakan boleh menerbitkan minat yang tinggi terhadap bahasa Melayu.

Meskipun telah ada beberapa versi buku penutur asing untuk bahasa Melayu di pasaran termasuk yang bersifat digital, namun buku ini boleh dikatakan sebagai pelengkap kepada bahan-bahan yang telah sedia ada. Buku ini ialah penambahbaikan kepada buku Bahasa Melayu untuk Penutur Asing 1 yang diterbitkan pada 2007. Buku ini diolah semula agar menjadi lebih mesra pengguna dan sesuai dengan golongan novis.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.


OUR GUARANTEE

CONTACT US