Bangsamoro: Sejarah, Aspirasi dan Perjuangan

RM55.00
9786297662343
In stock
+

Bangsamoro: Sejarah, Aspirasi dan Perjuangan

Author: Ramli Dollah, Eko Priyo Purnomo & Wan Shawaluddin Wan Hassan
Publisher: UMS
ISBN: 9786297662343
Weight: 0.4 kg
Pages: 220 m/s
Year: 2025
Price: RM55

Perjuangan Bangsamoro di selatan Filipina sangat dinamik sifatnya daripada memperjuangkan sebuah “negara merdeka” kepada “wilayah autonomi” dalam konteks Filipina. Usaha ini masih digerakkan sehingga kini dengan harapan dapat mengembalikan keamanan di wilayah tersebut. Justeru, kehadiran buku ini bermatlamat membincangkan perjuangan Bangsamoro dari perspektif sejarah, aspirasi perjuangan, dan proses keamanan bersandarkan kefahaman “masa lalu, mempengaruhi masa kini” dan “masa kini mempengaruhi masa hadapan”. Dengan itu, geneologi konflik Manila – Moro (kini) berkait dengan “hak pemilikan wilayah”, “tanah” dan “agama” dapat ditelusuri secara lebih terperinci berdasarkan kepada sumber dokumen dan kesilapan. Pada masa lalu, autonomi wilayah Bangsamoro dalam kerangka Manila – MILF serta peranan Malaysia sebagai “pemudah cara” dalam menjayakan kesepakatan terbabit melalui dasar “memakmurkan negara jiran”. Justeru, dapat diperhatikan bahawa buku ini berpotensi menawarkan perspektif baharu atau sekurang-kurangnya mengetengahkan fakta sosial penting dalam memahami konflik berpanjangan Bangsamoro di selatan Filipina.

-----

Ramli Dollah, (PhD) ialah Profesor Madya di Program Hubungan Antarabangsa, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), Universiti Malaysia Sabah (UMS). Beliau menyertai UMS sejak tahun 2001. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana dari Universiti Malaysia (UM) dan Ijazah Doktor Falsafah dari Universiti Utara Malaysia (UUM). Fokus kepakaran beliau adalah dalam bidang keselamatan dan sempadan serta kepakaran beliau di Selatan Filipina dan Laut Sulu-Sulawesi khususnya isu pertempuran dan Laut Sulu-Sulawesi. Kepakaran ini telah digunakan di pelbagai peringkat. Beliau merupakan Ketua Projek Geran Penyelidikan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Institut Penyelidikan Keselamatan dan Pertahanan Malaysia (MiDAS) dan Ketua Penyelidik di Institut Kajian Indonesia, Thailand dan Singapura (SRIC) serta Ketua Projek di Pusat Penyelidikan Ekonomi dan Keselamatan Maritim (MPEC) PBKM.

Eko Priyo Purnomo, (PhD) ialah Pensyarah Kanan di Program Sejarah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), Universiti Malaysia Sabah (UMS). Justeru, dapat diperhatikan bahawa beliau ini sangat berpengalaman dalam bidang sains politik, dasar awam dan tadbir urus. Sejak tahun 2013 beliau aktif menulis dan menerbitkan artikel jurnal, bab dalam buku dan prosiding dalam bidang berkaitan. Selain itu, beliau juga merupakan tenaga pengajar pelbagai kursus berkaitan dasar dan tadbir urus termasuk keselamatan. Beliau juga merupakan penyelidik bersama dalam beberapa projek penyelidikan bersama Kementerian Pendidikan Tinggi, Kerajaan Negeri Sabah dan Pusat Penyelidikan Ekonomi dan Keselamatan Maritim (PBKM).

Wan Shawaluddin Wan Hassan, (M.A) ialah Profesor Madya di Program Hubungan Antarabangsa, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), Universiti Malaysia Sabah (UMS). Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda (1988) dan Sarjana (1993) dari Universiti Malaya. Sejak menyertai UMS pada tahun 1998, beliau aktif menulis dan menerbitkan karya dalam bidang berkaitan politik, diplomasi, hubungan antarabangsa dan keselamatan. Beliau juga aktif dalam penyelidikan keselamatan dan sempadan serta sering kali diundang dalam pelbagai wacana keselamatan dan pertahanan. Beliau adalah seorang pakar yang sangat aktif dalam penulisan dan penyelidikan keselamatan dan keselamatan di Sabah.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.


OUR GUARANTEE

CONTACT US