Bawa Anak Ke Syurga Dengan Al Quran
Author: Nazifatunnisa Salim
Publisher: PTS Publishing House
ISBN: 9789674819859
Weight: 160 g
Pages: 188 pp
Year: 2023
Price: RM30
Setiap yang bergelar ibu bapa pasti memasang impian untuk membawa seluruh keluarga khususnya anak-anaknya menuju syurga. Ketika berasa indahnya nikmat dapat berkumpul bersama seisi keluarga di dunia, pastinya lebih indah jika dapat berkumpul semula di syurga buat selama-lamanya.
Namun begitu, tanggungjawab mendidik anak pada zaman ini bukanlah tanggungjawab yang mudah. Anak-anak lebih mudah terpengaruh dengan perkembangan teknologi dan sosial di sekitarnya. Ibu bapa perlu lebih peka memantau perkembangan semasa anak-anak dan sekeliling mereka agar anak-anak tidak mudah terpengaruh dengan anasir-anasir negatif yang merosakkan peribadi dan akhlak mereka.
Apa yang lebih merisaukan, pengaruh-pengaruh negatif ini sedikit demi sedikit menghakis pegangan akidah Islam dalam diri anak kita secara halus. Semakin hari, mereka semakin hanyut dibuai hiburan melampau dan pengaruh negatif yang menyebabkan mereka semakin jauh dengan akhlak-akhlak Islam yang terkandung dalam al-Quran.
Bawa Anak Ke Syurga Dengan Al-Quran adalah naskhah yang sesuai dijadikan panduan buat ibu bapa yang berhasrat mendidik anak-anaknya dengan nilai-nilai Islam yang bersumberkan panduan wahyu al-Quran. Adunan beberapa contoh cabaran mendidik anak masa kini dan prinsip al-Quran yang dijahit kemas dalam penulisan buku ini menjadikan buku ini naskhah wajib yang perlu dimiliki oleh setiap ibu bapa di luar sana.
1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.
2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'
3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.
4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.
5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.
6) Klik "Submit My Order".
Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:
HUBUNGI KAMI
Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.
Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.
Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.
1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.
2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.
3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.
4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.




.png?1505614499861)
.png?1505614471291)

