Berkeras Patah Berlembut Lentur: Perintah Bagi Pesalah Kanak-Kanak
Author: Mohd Al Adib Samsuri & Noor Aziah Mohd Awal
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789674121952
Pages: 242 pp
Year: 2015
Weight: 0.350
Price: RM35.00
Setiap kanak-kanak yang diproses di Mahkamah Bagi Kanak-kanak akan menerima perintah yang diperuntukkan dalam Akta Kanak-kanak 2001. Perintah-perintah itu seperti amaran, denda, bon berkelakuan baik, tahanan keinstitusian di Sekolah Henry Gurney, Sekolah Diluluskan (Sekolah Tunas Bakti), percubaan dan pemenjaraan. Setiap perintah ini mempunyai teori penghukuman tertentu yang mendasarinya. Teori-teori penghukuman seperti pencegahan, pemulihan, pembalasan dan penghilang keupayaan telah lama digunakan oleh mahkamah dalam menjustifikasikan hukuman yang dikenakan kepada pesalah. Hanya dua teori penghukuman yang digunakan untuk pesalah kanak-kanak iaitu teori pencegahan dan teori pemulihan. Kedua-dua teori ini saling bertentangan antara satu sama lain dan menghasilkan perintah yang berbeza. Malahan, terdapat negara yang seringkali mengubah teori penghukumannya bagi menyelesaikan gejala peningkatan jenayah di kalangan kanak-kanak. Di sinilah konflik yang sering timbul dalam sistem peradilan kanak-kanak di pelbagai negara, termasuklah Malaysia. Buku ini membincangkan tentang teori penghukuman yang digunakan dalam mengeluarkan perintah bagi pesalah kanak-kanak di Malaysia, termasuklah perintah-perintah yang terbit daripada teori tersebut. Teori pencegahan dan pemulihan dibahaskan secara terperinci terutamanya aplikasinya dalam perintah kanak-kanak. Buku ini wajar dibaca oleh para majistret dan hakim, pegawai sosial, para ahli akademik, pelajar dan semua individu yang terlibat dalam sistem peradilan kanak-kanak di Malaysia.
1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.
2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'
3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.
4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.
5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.
6) Klik "Submit My Order".
Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:
HUBUNGI KAMI
Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.
Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.
Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.
1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.
2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.
3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.
4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.