Blog

07/11/2014
by hairul0088 faizal


Islam dan Terorisme: Kepelbagaian Naratif

02/09/2018
by IB Balai ILHAM .

KEPELBAGAIAN NARATIF

Prejudis yang kian memuncak di antara Barat dan Islam tidak menjanjikan banyak kewarasan dalam tindakan dari kedua-dua pihak. Pembantaian ke atas umat Islam di seantaro dunia, sikap talam dua muka Amerika dan tindakan ganas segelintir radikalisme Islam akhirnya mengakibatkan konflik ini berterusan. Justeru, hidup sebagai seorang Muslim dalam era mencabar adalah satu ujian keimanan bagi sebahagian besar umat Islam. Kepada bukan Islam, menerima hakikat bahawa keperluan hidup dalam kedamaian di celah kepelbagaian agama dan budaya kini tercabar. Dunia akan menjadi lebih harmoni dengan kepelbagaian sebagai temanya kerana kepelbagaian adalah ibarat not bunyi yang berbeza-beza tetapi berusaha untuk mencapai satu titik keseimbangan demi menghasilkan sebuah irama yang indah. Bayangkan dunia tanpa not-not bunyi yang pelbagai, tiadalah istilah irama dan tiadalah keharmonian bagi mencapai maksud ketenangan irama.

Islam Bukan Agama Teroris

02/09/2018
by IB Balai ILHAM .


‘Dunia Islam tiada lagi “di luar sana” yang ada hanyalah Negara umat Islam’. Kenyataan ini agak punya polemik, perdebatan panjang tapi ia kurang utama pada waktu ini kerana dunia ini dikongsi bersama. Maka yang benarnya, orang Islam ialah jiran kita, rakan sekerja dan rakan senegara kita dan agama mereka, sama seperti yahudi dan kristian, menentang keganasan. Ungkapan seperti ‘membina jambatan kesefahaman’ tidak pernah menjadi sebegini penting dalam perang yang tidak dapat dimenangi melalui kekuatan tentera semata-mata. Orang Islam dan bukan Islam perlu saling memahami dan bertindak bersama-sama. Inilah cabaran bagi kita semua untuk mengatasi gambaran stereotaip, sejarah yang menyedihkan dan perbezaan agama untuk mengenali nilai dan keinginan yang dikongsi bersama, dan untuk bergerak seiring bagi membina masa depan kita bersama. Keharmonian inilah yang perlu diintegrasikan agar keamanan boleh dicapai.

Islam Sivil dan Perkembangan Demokrasi Dunia Islam

31/08/2018
by IB Balai ILHAM .


Buku Civil Islam: Muslims and Democratization in Indonesia oleh Profesor Robert Hefner dianggap sebagai sebuah kajian terpenting tentang Islam dan pendemokrasian di Indonesia, sebuah negara umat Islam terbesar di dunia. Hefner yang juga seorang Indonesianis, sekarang bertugas sebagai profesor antropologi di Universiti Boston, telah membuat kajian di Indonesia lebih daripada 40 tahun.

Universiti Harvard: Memaknai Kembara Ilmu

27/08/2018
by IB Balai ILHAM .

Musafir Ilmu di Harvard University

Berkunjung ke Harvard University merupakan antara impian sejak dari sekolah lagi. Berasal dari keluarga yang susah, selalu dipandang rendah oleh jiran-jiran dan hanya bersekolah di Madrasah Idrisiah yang serba daif, saya menyimpan satu hasrat untuk mencapai cita-cita menjadi sarjana bertaraf antarabangsa. Ketika melanjutkan pelajaran di madrasah, saya tidak dibekalkan seperti orang lain dengan segala kelengkapan. Cukup sekadarnya dan faham dengan kemampuan dan keperluan keluarga di kampung. Masih ingat apabila saya tiada beg yang sesuai untuk pulang ke kampung, hanya menggunakan beg kain yang mungkin pada hari ini sesiapa sahaja akan malu untuk membawanya. Setiap kali hujung minggu di madrasah, pasti ibu bapa rakan-rakan akan datang melawat anak-anak masing-masing. Saya akur bahawa sepanjang lima tahun di madrasah, ayahanda dan bonda tidak pernah datang melawat atas faktor masalah kewangan.

Rashid al-Ghannoushi: Intelektual-Reformis Politikal Islam​

18/08/2018
by IB Balai ILHAM .

Rashid al-Ghannoushi: Intelektual-Reformis Politikal Islam

Setelah menerbitkan buku Rashid Al-Ghannoushi, Intelektual-Reformis Gerakan Islam pada 2013, pihak kami sehingga hari ini masih menerima permintaan ramai untuk mengulang cetak buku ini dengan versi yang lebih komprehensif. Sebenarnya, permintaan ini agak mengejutkan kami kerana secara umumnya buku yang membicarakan pemikiran tokoh gerakan Islam yang agak berat ini kurang mendapat sambutan di pasaran. Perkara ini serba sedikit memperbetulkan persepsi dan ini membuktikan bahawa khalayak umum pada hari ini sebenarnya sudah ada yang mula meminati bahan-bahan bacaaan bersifat ilmiah dan intelektual termasuk penulisan yang mengkaji pemikiran-pemikiran tokoh gerakan Islam.

Buku Rashid Al-Ghannoushi Intelektual-Reformis Politikal Islam ini merupakan edisi kedua terbitan ABIM dan kali ini diterbitkan bersama ILHAM Books yang telah diberi nafas baru dan penambahbaikan. Pihak editorial dengan kerjasama kesemua penulis-penulis dalam edisi pertama dan edisi kedua ini telah menambahbaik dan menyemak semula artikel-artikel agar ia seiring dengan perkembangan dunia politik Islam pada hari ini. Bukan itu sahaja, terdapat beberapa artikel tambahan yang disumbangkan mengulas pemikiran al-Ghannoushi daripada pelbagai sudut termasuk ringkasan wawancara bersama beliau menjadikan buku ini lebih padat, komprehensif dan relevan.

Islam Di Barat Muslim Di Timur​

18/08/2018
by IB Balai ILHAM .

Islam Di Barat Muslim Di Timur

Penerbitan buku ini merupakan salah satu usaha kerdil saya untuk menyumbang sesuatu dalam bentuk perkongsian pengalaman, ilmu dan maklumat sepanjang pengembaraan di serata dunia khususnya di bumi anbiya, bumi matahari terbit dan bumi Uncle Sam. Saya memilih catatan pengembaraan di destinasi ini kerana ia memberikan begitu banyak pengajaran dan iktibar sepanjang permusafiran. Peluang yang diberikan oleh Allah SWT untuk berkelana dan mengembara di bumi Haramain, al Quds, Ummu al Dunya, Jepun serta Amerika Syarikat ini merupakan antara saat yang paling mengujakan. Begitu banyak pengajaran dan teladan yang boleh dihayati dan diinsafi sepanjang pengembaraan ini. Terdapat beberapa peristiwa yang betul-betul tidak dirancang tetapi disusun oleh Allah begitu dirasakan. Kembara ilmu ini merupakan permusafiran spiritual saya dalam menghayati dan memaknai realiti kehidupan.

Idea untuk menghasilkan buku ini pada mulanya tercetus apabila saya mendapat banyak maklumbalas daripada pembaca blog zulkiflihasan.wordpress.com dan sahabat-sahabat seperjuangan untuk menerbitkan penulisan di dalam bentuk buku. Pada mulanya saya agak keberatan untuk menerbitkan buku ini kerana merasakan masih terlalu baru dan dhaif dalam dunia penulisan travelog. Setelah membaca banyak buku yang berbentuk travelog sama ada berbentuk hiburan ataupun dakwah, saya akhirnya mengambil keputusan untuk menerbitkan buku ini dengan harapan ianya boleh dijadikan panduan atau rujukan yang bermanfaat kepada masyarakat.

Kitab Faysal dan Pesan-Pesan al-Ghazali Yang Terpinggir

14/08/2018
by IB Balai ILHAM .

Kitab Faysal dan pesan-pesan al-Ghazali yang terpinggir

Mohd Syazreen Abdullah

HINGGA kini, setiap agama berusaha mempamerkan risalah rahmatan lil alamin. Sejarah juga menyaksikan korban darah yang terjadi atas nama agama. Sikap cuba melaga-lagakan kebencian antara kaum, menanam prejudis atas nama agama kian berkembang. Kemunculan kelompok tegar yang membela atas dasar ketaksuban berhimpun di atas jalan ‘kebenaran’ — ada kalanya hingga mendakwa keputusan Allah datang daripada mereka.

Fenomena itu membimbangkan lantaran ia menyuburkan radikalisme sebagai percikan kepada lahirnya terorisme. Mungkin inilah cabaran besar yang menanti menteri agama Dr Mujahid Yusof iaitu menjelaskan tafsiran rahmatan lil alamin. Bukan hanya itu, ungkapan tersebut harus diertikan dengan keluasan rahmat Allah untuk semua manusia; bahkan mengakui tradisi agama lain juga sebagai jalan Ilahi menuju syurga.

Islam & Kepelbagaian Rahmat Untuk Semua

06/08/2018
by IB Balai ILHAM .

Penglibatan saya dalam pelbagai aktiviti memupuk perpaduan nasional membawa saya kepada satu keyakinan bahawa kepelbagaian adalah satu prinsip kehidupan. Namun apa yang lebih sukar untuk saya pelajari ialah bagaimana kepelbagaian hendak diuruskan dan dibentuk menjadi satu peluang kebaikan dan bukan satu bala yang menimpa kita.

Hakikatnya perjalanan perpaduan dan kedamaian yang saya terokai bukanlah mudah kerana saya terpaksa mencabar status-quo apatah lagi berada dalam sebuah masyarakat yang majmuk di mana set pemikiran anggotanya berorientasikan kaum masing-masing. Lebih buruk ialah, isu kaum kadangkali bercampur baur dengan isu agama dan dalam situasi ini boleh menjadi cetusan kebencian antara agama.

Saya juga berpeluang untuk menyumbang bakti ide dan pemikiran apabila dilantik menjadi salah seorang anggota Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) yang didirikan oleh Jabatan Perdana Menteri untuk memberi input kepada satu Blue Print Perpaduan Nasional. Saya berpeluang untuk mengenali dengan lebih praktikal bagaiman dasar perpaduan diterapkan dalam kerangka sebuah negara dan apakah masalah dan cabarannya dalam konteks Malaysia yang rencam masyarakatnya.

Travelog Haji Hadi

06/08/2018
by IB Balai ILHAM .

aya tidak pernah termimpi sama sekali untuk menulis buku yang semacam ini, apatah lagi untuk buku pertama saya. Sudahlah buku pertama, berkenaan ibadat haji pula.

Buku mengenai haji? Siapalah saya?

Kita sudah ada ratusan ribu atau mungkin sudah jutaan haji dan hajjah di Malaysia. Justeru, apakah kelayakan saya?

Saya cuma ingin berkongsi pengalaman saya mengerjakan rukun Islam kelima. Itu sahaja. Di celah-celah perkongsian itu, saya selitkan pemikiran dan pengamatan saya terhadap beberapa isu berkaitan ibadat haji. Jika anda setia meneruskan pembacaan anda sehingga selesai, anda akan faham mengapa saya menulis buku ini.

Bukan Ustaz Bukan Peguam

06/08/2018
by IB Balai ILHAM .

UKAN USTAZ BUKAN PEGUAM

Kerjaya saya sebagai pegawai Syariah sebenarnya banyak dipengaruhi oleh cara saya dididik di peringkat sekolah. Sejak kecil lagi ibu bapa saya menekankan kepentingan mengenai ‘dunia dan akhirat’. Walaupun ibu bapa saya bukanlah dari latar belakang pendidikan agama, tetapi mereka nampak kepentingan dalam keseimbangan mencari ilmu dunia dan akhirat. Sewaktu sekolah rendah, saya belajar di sekolah kebangsaan di waktu pagi dan sekolah agama di waktu petang (ada kalanya bertukar sesi). Entah kenapa, saya lebih seronok pergi ke sekolah agama dan lebih suka belajar mata pelajaran agama. Keputusan Sijil Darjah Enam Agama (SDEA) saya juga jauh lebih cemerlang berbanding keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) saya.

Oleh kerana keputusan UPSR saya yang sederhana dan tidak memungkinkan saya untuk masuk ke sekolah berasrama penuh, saya memasuki sekolah menengah harian biasa. Namun begitu, saya mengambil mata pelajaran bahasa Arab sebagai tambahan untuk peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) saya. Saya mendapat keputusan yang baik untuk PMR dan ini memungkinkan saya untuk diterima masuk ke sekolah berasrama penuh aliran agama yang dianggap elit di negara ini sejak zaman merdeka lagi.