Blog

07/11/2014
by hairul0088 faizal


Tok Guru Nik Aziz: Guru Berbagai Segi

06/08/2018
by IB Balai ILHAM .

Kata Pengantar Nik Abdul Aziz Nik Mat: Pemikiran dan Kebijakan Berpolitik

Alhamdulillah, atas kesempatan diberikan untuk saya merakamkan beberapa catitan sebagai pengantar buku ini.

Saudara Annual Bakri Haron antara orang yang paling tepat mencatat tentang Tok Guru Nik Aziz secara berautoriti.

Beliau lama bersama Tok Guru atas kapsiti sebagai seorang Setiausaha Politik.

Atas kelebihan bakat mengarang dan menulis, Haji Annual juga sebenarnya adalah Setiausaha Akhbar sebenar tetapi tidak rasmi Tok Guru Nik Aziz.

Sebagai penulis ucapan Tok Guru, melalui pengalaman saya sendiri, adalah kesempatan berguru dengan Tok Guru yang paling istimewa. Beliau akan memberikan buah fikiran dari kedalaman ilmu beliau. Beliau akan meminta kita memasukkan input-input dari kita atau orang lain. Beliau akan menyuntingnya sekali lagi.

Bahkan, semasa berucap, ada masanya beliau masukkan poin-poin tambahan. Jika kita rajin, kita boleh lengkapkan apa yang telah dirangka dan diucapkan menjadi satu nashkah final yang menarik.

Nik Abdul Aziz Nik Mat: Pemikiran dan Kebijakan Berpolitik

06/08/2018
by IB Balai ILHAM .

NIK ABDUL AZIZ NIK MAT: PEMIKIRAN DAN KEBIJAKAN BERPOLITIK

Bismillah hirroh maanirrohiim.

Al Qur’an bukan sekadar bacaan dan sekumpulan pengetahuan semata-mata, tetapi berupa petunjuk hidup bagi seluruh manusia. Al Qur’an tidak hanya sekadar dibaca dan dihafalkan sahaja, melainkan juga untuk difahami dan dilaksanakan mengikut merit masalah tatkala ingin beramal dengannya.

Najibnomics: Rahmat atau Malapetaka?

04/08/2018
by IB Balai ILHAM .

PRAKATA DR DZULKEFLY AHMAD

Buku ini sengaja dijudulkan seperti tertera. Penulis, atas persetujuan penerbit yang pastinya mahu menjual bukunya, mahu menyuntik semacam satu shock therapy atau ‘rawatan kejutan’ bersabit judul buku ini. Pendekatan ‘gempak’, kata anak muda atau cara alarmist. Ada yang mencadangkan, lebih ‘gempak’ atau shocking lagi kalau diberi judul Najibnomics: Malapetaka Buat Malaysia! Itu keterlaluan buat penulis.

Pun begitu, kesanggupan (baca keberanian) penulis menerbitkan buku Najibnomics ini dengan judul Rahmat atau Malapetaka mengisyaratkan beliau juga sudah bersedia. Sementara tujuan penulis adalah utamanya berkongsi pemikiran beliau dalam ruang awam dalam rangka memainkan tugasan menyemak-imbang pemerintahan negara dan atas nama mencari pencerahan, penulis mesti mengkritik. Justeru penulis bersedia untuk dikritik.

Mentelahan ekonomi bukan bidang pengkhususan pengajiannya, walaupun satu bidang yang diminati sejak di peringat pra-siswazah atau undergraduate lagi dan bertugas dengan sebuah firma pengurus dana selepas meninggalkan kariernya di universiti dan mengikuti kursus kewangan dan pelaburan.

Pentingnya, penulis mahu wacana ini dirancakkan dan persaingan idea atau contestation of ideas menatijahkan pengembangan kefahaman dan pencerahan pemikiran pembaca. Dengan itu juga penulis mengharapkan penulisan buku ini dapat diperbaiki dan manfaatnya dipertingkatkan.

Buku Najibnomics ini sememang lama dicita-citakan oleh penulis untuk diterbitkan. Menerbit buku bukan kerja utama ahli politik. Tetapi penulis, seorang ahli akademik di segi latihan dan sebagai ahli politik kerana keperluan, sememangnya lebih meminati untuk menulis dan menerbit.

Najibnomics: Rahmat atau Malapetaka?

04/08/2018
by IB Balai ILHAM .

KATA PENGANTAR TAN SRI DATUK DR KAMAL SALIH

Mengapakah projek-projek permulaan atau EPP tidak menunjukkan prestasi memberangsangkan? Kajian Blindspot membuktikan bahawa sumbangan EPP kepada GNI hanyalah sebanyak RM33 bilion atau 3 peratus dari keseluruhan ekonomi (GNI atau PNK). Kalau benar RM800 bilion adalah target sumbangan EPP, apakah ini bermaksud sumbangan EPP kepada GNI memerlukan masa yang melepasi tahun 2020 atau 2044 secara lebih tepat? Najibnomics: Antara Retorik dan Realiti.

Saya cukup teruja dengan usaha Dr Dzulkefly membukukan ke dalam satu karya baru tulisan beliau yang telah dikeluarkan terdahulu sebelum ini di media cetak tradisional serta elektronik, berkaitan topik ekonomi dan politik semasa dari perspektif seorang pemikir bebas dan advokat politik alternatif. Dari sudut kritikal ini, beliau berjaya menjalin susun isu-isu seperti GST, 1MDB, Belanjawan Negara, Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Kerajaan (GTP) yang telah dilaksanakan oleh kerajaan Najib Tun Razak ke dalam satu gagasan yang menyeluruh yang dinamakan Najibnomics.

The First Muslims: History and Memory

25/07/2018
by IB Balai ILHAM .

Preface to the Malay Translation of The First Muslims: History and Memory

by Asma Afsaruddin

I am delighted to write this foreword specifically for the Malay translation of my book The First Muslims. This book is a labor of love written to convey to specialists and non-specialists alike the enduring significance of the early history of Islam for contemporary Muslims and all those who live with them. The Malay translation will make this work accessible to a large population of readers, particularly in the Muslim world, which has long been one of my goals.

Golongan Islam Pertama: Sejarah dan Memori

25/07/2018
by IB Balai ILHAM .

Kata Pengantar “Golongan Islam Pertama: Sejarah dan Memori

Saari Sungib

Buku ini memberi beberapa sudut pandang tentang sejarah dan warisan kenangan yang berkadar dengan keupayaan dan tujuan praktikal para pembaca. Keupayaan ini jika diukur di segi luasnya pembacaan atau tahap yang amat tinggi dan pengamatan pembaca terhadap dasar dan prinsip pensejarahan dan hadharah Islamiyah. Hal ini bermakna sekiranya seseorang itu memahami secara baik kitab-kitab tafsir al-Qur’an, kitab-kitab hadith sahih dan juga kitab-kitab syarah hadith sahih pada masa yang sama secara berterusan meneliti kitab-kitab sïrah nubūwwah, maka bolehlah dikatakan bahawa semua yang tercatat dalam buku ini adalah tema-tema utama. Di mana dengan berpandukan dengannya dapatlah golongan Muslim dan juga bukan Muslim yang hidup pada hari ini sedar bahawa Islam itu adalah satu ajaran dan cara hidup yang praktikal, mudah serta membibitkan mawaddah dan rahmah, meluaskan lantas membumikan dalam masa yang sama mengukuhkan ukhūwwah dan mahabbah. Benar dan tepat sekali bahawa Islam adalah cara hidup yang bertujuan menyebarkan rahmah.

Golongan Muslim Pertama: Sejarah dan Memori

25/07/2018
by IB Balai ILHAM .

Uraian “Golongan Muslim Pertama: Sejarah dan Memori

Ahmad Farouk Musa

Itu adalah umat yang telah lalu, baginya apa yang ia usahakan; dan bagimu apa yang kamu usahakan, dan kamu tidak akan diminta pertanggungan jawab terhadap apa yang mereka telah kerjakan [Al-Baqarah: 134]Demikianlah peringatan Tuhan tentang sejarah dan kenang-kenangan umat pada masa yang silam, agar kita jangan menganggap segala usaha dan ijtihad yang dicetuskan mereka itu sakral dan kekal tak tercabar selamanya, sebaliknya umat masa ini memerlukan dorongan dan semangat ijtihad bagi mencerakinkan ajaran agama ini berpijak kepada zaman yang senantiasa berubah.

The First Muslims

25/07/2018
by IB Balai ILHAM .

Prakata Edisi Terjemahan Melayu – The First Muslims

Oleh Asma Afsaruddin



Saya berbesar hati untuk menulis Prakata ini khusus bagi terjemahan Melayu buku saya The First Muslims. Karya ini adalah usaha yang dibikin dari rasa cinta yang ditulis untuk menyampaikan kepada kalangan yang ahli dan bukan ahli tentang signifikasi yang tak berakhir dari sejarah awal Islam bagi kaum Muslim kontemporer dan semua kalangan yang hidup dengan mereka. Terjemahan Melayu ini akan membolehkan karya ini diakses kepada khalayak pembaca yang besar, terutamanya di dunia Islam, yang telah lama menjadi salah satu dari impian saya.

Melangkah Ke Hadapan: Landskap Muslim Demokrat Di Malaysia

25/07/2018
by IB Balai ILHAM .

Wacana post-Islamism adalah tentang cabaran yang dihadapi oleh Islam dalam menjadi alternatif kepada sistem pemerintahan dan politik yang ada. Kebangkitan Islam era 80-an menimbulkan berbagai persoalan tentang keupayaan retorik politik Islam dapat memenuhi ruang pemerintahan dan bagaimana kelestarian antara berdepan dengan realiti ekonomi dan kepayahan hidup rakyat dengan sokongan berterusan kepada semanagat dan retorik revolusi Islam.

Golongan Muslim Pertama: Sejarah dan Memori

16/07/2018
by IB Balai ILHAM .

Uraian "Golongan Muslim Pertama: Sejarah dan Memori"

Oleh Dr Ahmad Nabil Amir

Golongan Muslim Pertama: Sejarah dan Memori ini membawa kita meninjau dan menjejaki sïrah dan praktik generasi Islam pertama yang terlakar dalam sejarahnya yang terawal. Di sinilah bertemu lakaran penting tentang tradisi perjuangan yang mendalam yang dipelopori dan ditegakkan dalam sejarah Islam oleh kaum salāf dalam kurun Hijri-nya yang pertama. Melalui buku ini Professor Asma Afsaruddin mencatatkan kesannya tentang kehidupan dan legasi kaum Muslimin yang pertama dan kesan-kesan yang ditinggalkan dari sejarah perjuangan mereka yang dinamik dan menentukan.