Bola Sepak dan Salah Laku Penyokong di Malaysia

RM20.00
9789672514299
In stock
+

Bola Sepak dan Salah Laku Penyokong di Malaysia

Authors: Nur Hafizah Yusoff & P Sundramooorthy
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789672514299
Weight: 0.16kg
Pages: 85pp
Year: 2021
Price: RM20

Sukan merupakan satu cabang institusi sosial yang mempunyai peranan untuk mengukuhkan hubungan antara kaum di samping untuk memberikan ruang hiburan dan melepaskan tekanan terhadap peminatnya. Walaupun sukan mempunyai objektif yang positif terhadap mereka yang terlibat di dalamnya, namun terdapat sisi gelap atau negatif yang wujud di dalam institusi sukan itu sendiri. Bola sepak merupakan salah satu sukan yang paling diminati oleh mansyarakat Malaysia. Jumlah penyokong yang ramai pada satusatu perlawanan membuktikan bahawa bola sepak mempunyai pengaruh yang sangat besar dalam kehidupan rakyat negara ini. Kehadiran penyokong yang ramai ini turut memberikan cabaran terhadap pihak pengurusan bola sepak mahupun pihak keselamatan dari aspek memantau dan mengawal kelakuan para penyokong ketika berada di dalam stadium. Terdapat segelintir penyokong yang enggan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan dan berterusan melakukan salah laku sama ada secara verbal mahupun fizikal. Buku Bola Sepak dan Salah Laku Penyokong di Malaysia ini merupakan satu usaha untuk mengetengahkan isu yang terdapat di dalam sukan bola sepak terutama dari aspek penyokong. Buku ini adalah satu usaha transformasi daripada kajian tesis PhD penulis ke dalam bentuk buku ilmiah. Perkara yang ditonjolkan di dalam buku ini hanyalah sebahagian daripada contoh untuk menunjukkan kepelbagaian isu yang dihadapi oleh penyokong bola sepak secara umum. Buku ini berguna sebagai bacaan umum kepada peminat bola sepak Malaysia. Bukan itu sahaja, buku ini dipercayai berguna kepada pelajar-pelajar, pensyarah dan pelbagai pihak berkepentingan lain yang ingin memahami dengan lebih lanjut berkenaan isu salah laku penyokong bola sepak.

NUR HAFIZAH YUSOFF, PhD, merupakan Pensyarah Kanan di Program Antropologi dan Sosiologi, Pusat Kajian Pembangunan, Sosial dan Persekitaran, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Bidang pengkhususan beliau adalah Sosiologi Devian, Jenayah dan Kawalan Sosial, Sosiologi Sukan dan Perubahan Sosial dan Pembangunan.

P. SUNDRAMOORTHY, PhD, merupakan Profesor Madya di Program Antropologi dan Sosiologi, Pusat Kajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM). Bidang pengkhususan beliau adalah kriminologi.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.


OUR GUARANTEE

CONTACT US