Budaya Popular Wanita Melayu dan Naratif Kemodenan Global
Author: Md Azalanshah Md Syed
Publisher: UM PRESS
ISBN: 9789674883249
Weight:
Pages:
Year: 2024
Price: RM56
Kemunculan teknologi penstriman Over-The Top (OTT) seperti Netflix dan iQIYI telah membawa pelbagai naratif kemodenan menerusi penggunaan budaya popular global dalam konteks Malaysia kontemporari. Selain menjadi saluran hiburan dan eskapisme, budaya popular global seringkali menjadi medan perbahasan mengenai penyertaan dan hubungan wanita Melayu dalam projek kemodenan Malaysia. Budaya popular Korea Selatan, K-pop misalnya dianggap membawa naratif baharu dalam pembentukan identiti dan pemikiran moden yang dilihat bertentangan dengan kerangka kemodenan nasional. Penularan Covid-19 serta pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Darurat telah mempopularkan teknologi penstriman OTT khasnya dalam meringankan bebanan dan tanggungjawab domestik yang bertambah dalam kalangan wanita Melayu. Sebagai contoh, Series Y dari Thailand yang membawa tema homoerotik dan drama rantaian Turki yang kaya dengan elemen sejarah ketamadunan Islam menjadi popular ketika fasa pandemik. Meskipun drama rantaian Melayu tempatan masih relevan, pemaparan dan fungsi watak dan perwatakan wanita kekal dalam pengaruh konvensional. Buku ini menerangkan bagaimana budaya popular global menawarkan naratif kemodenan yang bersifat pelbagai kepada wanita Melayu. Praktik kemahiran menonton dalam kalangan mereka membolehkan imej dan pemaparan kemodenan global disesuaikan dalam kehidupan seharian. Keadaan ini menepis kritikan pelbagai pihak terhadap mereka yang masih tertumpu kepada tanggungjawab sebagai ibu, isteri dan anak perempuan yang ideal.
1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.
2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'
3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.
4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.
5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.
6) Klik "Submit My Order".
Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:
HUBUNGI KAMI
Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.
Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.
Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.
1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.
2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.
3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.
4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.