​ Prinsip Pemasaran

RM50.00
9786297547565
In stock
+

Prinsip Pemasaran

Author:   Che Anisza Che Wel & Siti Ngayesah Ab Hamid 
Publisher: UKM Press
ISBN: 9786297547565
Weight: 0.382
Pages: 255
Year: 2023
Price: RM50

lmu pemasaran adalah sangat luas, namun masih terdapat segelintir masyarakat di luar sana yang sering mengaitkan dan menyamakan pemasaran dengan aktiviti jualan. Jika diperhatikan perkembangan di media sosial terdapat juga komen-komen daripada pihak yang kononnya pakar dalam bidang pemasaran yang memberi kenyataan bahawa "Pemasaran telah lapuk", "Pemasaran telah mati", "Pemasaran tidak lagi signifikan". Pandangan yang cetek dan salah ini harus diperbetulkan agar tiada lagi salah tanggapan dalam kalangan masyarakat mengenai Pemasaran.

Prinsip Pemasaran merupakan ilmu asas yang perlu difahami oleh semua orang tidak kiralah sama ada anda adalah pelajar dalam bidang pengurusan perniagaan ataupun tidak. Ilmu ini adalah penting untuk dijadikan panduan dalam menjalani kehidupan seharian. Namun begitu kekangan yang berlaku ialah, majoriti buku mengenai prinsip atau asas pemasaran adalah ditulis dalam Bahasa Inggeris. Kekangan bahasa pengantar ini menyebabkan tidak ramai yang ingin memahami dan mendalami ilmu penting ini, walaupun umum menyedari bahawa ia adalah satu bidang ilmu yang sangat bermanfaat. Menyedari kekurangan bahan bacaan bagi prinsip pemasaran yang ditulis dalam Bahasa Melayu maka tercetuslah idea untuk menerbitkan buku karya asli ini dalam Bahasa Melayu dan mengikut acuan Malaysia.

Buku ini amat sesuai dibaca oleh khalayak umum, ahli akademik, pengurus dan juga pelajar yang ingin mendapatkan pengetahuan asas berkaitan pemasaran. Buku ini juga dicadangkan untuk dijadikan teks utama bagi kursus Pengantar Pemasaran yang diajar kepada pelajar program Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan. Teks Bahasa Melayu ini diharapkan dapat membantu setiap golongan masyarakat yang ingin memahami asas atau prinsip dalam bidang pemasaran. Kefahaman kepada prinsip yang betul pastinya akan menjadi landasan untuk mara ke peringkat yang lebih tinggi.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.


OUR GUARANTEE

CONTACT US