Burkholderia Pseudomallei: Jangkitan dan Pengesanan

RM30.00
9789672513094
In stock
+

Burkholderia Pseudomallei: Jangkitan dan Pengesanan

Authors: Sylvia Chieng & Sheila Nathan
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789672513094
Weight: 0.25kg
Pages: 146pp
Year: 2021
Price: RM30

Melioidosis merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan Burkholderia pseudomallei. Penyakit ini telah menyumbang kepada kadar kematian dan morbiditi yang tinggi terutamanya di negara-negara Asia Tenggara. Kadar kematian yang tinggi ini adalah disebabkan oleh kelewatan dalam pengesanan penyakit. Pengesanan muktamad bagi melioidosis melibatkan cara pengenalpastian bakteria yang mengambil masa yang agak panjang. Justeru, buku ini sangat penting sebagai rujukan semua pihak yang berkepentingan dalam mengetahui dengan mendalam mengenai ketersediaan penanda yang sensitif untuk pengesanan melioidosis yang pantas. Selain itu, perbincangan lebih lanjut terhadap penerokaan permasalahan jenis penyakit melioidosis dan jangkitan bakteria B. pseudomallei. Melalui pencirian profil transkriptom B. pseudomallei semasa jangkitan, adaptasi transkripsi bakteria intrasel telah dikupas secara mendalam dan calon penanda molekul bagi mengesan kehadiran B. pseudomallei telah dikenal pasti dan dicirikan.

SYLVIA CHIENG PhD. merupakan seorang pensyarah kanan dan penyelidik di Jabatan Sains Biologi dan Bioteknologi, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia. Mempunyai kepakaran dalam bidang genom bakteria dan pengalaman selama lebih daripada 10 tahun dalam penyelidikan Burkholderia pseudomallei dan telah berjaya menerbit dalam 11 jurnal terindeks dan 2 bab dalam buku.

SHEILA NATHAN DPhil merupakan seorang Profesor di Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia dengan kepakaran dalam bidang mikrobiologi molekul. Beliau telah terlibat dengan bidang Burkholderia pseudomallei selama lebih daripada 25 tahun dan telah berjaya menerbitkan lebih daripada 160 artikel dalam jurnal terindeks dan 5 bab dalam buku. Berdasarkan kepakaran dan hasil penyelidikannya, beliau telah dikurniakan Anugerah Akademik Negara 2013 untuk Penerbitan Jurnal dalam bidang Sains serta dilantik sebagai Felo Akademi Sains Malaysia pada tahun 2017.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.


OUR GUARANTEE

CONTACT US