Dari Beirut ke Jerusalem
Author: Dr Ang Swee Chai
Publisher: HARAKAH
ISBN: 9789833172290
Weight: 0.6kg
Pages: 403
Year: 2007
Price: RM28
Dr Ang Swee Chai dilahirkan di Air Hitam, Pulau Pinang dan bersekolah di Singapura. Sejak 1977,beliau mengikut suaminya hidup dalam buangan di England. Beliau berkelulusan ijazah sarjana dalam bidang Perubatan Pekerjaan dan merupakan felo Kolej Pembedahan Diraja (Royal College of Surgeons), England.
Penulis kini berkhidmat di Hospital St Bartholomew dan Hospital Diraja London. Beliau merupakan wanita pertama dilantik sebagai juruperunding ortopedik sejak hospital berkenaan ditubuhkan beberapa ratus tahun yang lalu.
Bersama-sama suami beliau, Francis Khoo, serta beberapa orang teman, Dr Ang membantu menubuhkan badan kebajikan Inggeris, Medical Aid for Palestinian (MAP) berikutan tragedi pembunuhan beramai-ramai di Sabra dan Shatila pada 15-18 September, 1982.
Pada tahun 1987, pengerusi Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), Yasser Arafat, telah menganugerahi Dr Ang pingat tertinggi Palestin iaitu Bintang Palestin, bagi kerja-kerja dan sumbangan beliau kepada rakyat Palestin.
Dari Beirut ke Jerusalem adalah catatan beliau sebagai saksi tragedi Sabra dan Shatila. la adalah suara setia seorang rakan untuk rakan yang amat memerlukan pembelaan.
Beliau juga merupakan pengarang bersama Field Manual in War Surgery, sebuah buku panduan berdasarkan pengalaman di medan perang.
1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.
2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'
3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.
4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.
5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.
6) Klik "Submit My Order".
Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:
HUBUNGI KAMI
Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.
Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.
Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.
1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.
2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.
3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.
4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.




.png?1505614499861)
.png?1505614471291)

