Dari Washington ke San Diego

RM39.00
9786297561547
In stock
+

Dari Washington ke San Diego

Author: Dr Razif Fuad
Publisher: Jejak Tarbiah
ISBN: 9786297561547
Tahun: 2025 
Weight: 220 gsm 
Pages: 208 pp
Price: RM39

“Hikmah itu barang yang hilang bagi orang beriman. Di mana sahaja dia menemuinya, dia lebih berhak terhadapnya.”

Apakah hikmah kemajuan dan kebebasan di Amerika pada kaca mata seorang Islam dari Malaysia? Laungan kebebasan bergema di setiap ceruk jalan negara Uncle Sam yang mempromosikan nilai liberal seperti LGBT dan hedonisme menyelimuti hakikat ancaman Islamofobia dan individualisme yang ekstrem. Mungkinkah ada sinar diplomasi antara hak dan batil di bumi Hollywood itu?

Bermula dari sebuah majlis berbuka puasa anjuran Kedutaan Amerika Syarikat, Dr. Razif berpeluang untuk membincangkan isu hak asasi di Malaysia. Perbincangan ini ternyata membuka satu undangan untuk menyertai International Visitor Leadership Program (IVLP) yang membawanya kepada eksplorasi mendalam tentang politik, budaya dan masyarakat Amerika Syarikat. Dari situ, bermulalah pengembaraan Dr. Razif ke sana bagi memahami politik dan Holocaust di Washington D.C., menelusuri kebebasan media dan pemeliharaan agama di New York, mempelajari kosyer serta keadilan gender di Orlando dan pasca 11 September di San Diego – serta pelbagai lagi pengalaman menarik sepanjang 21 hari beliau di sana.

Dari Washington ke San Diego adalah hasil amatan kritis Dr. Razif dalam membandingkan naratif Barat dengan realiti sebenar yang dilihatnya. Beliau juga menyoroti bagaimana Islam dan umat Islam bertahan di negara yang sekular serta bagaimana wacana hak asasi sering kali dilihat melalui lensa yang berbeza antara dunia Barat dan dunia Islam.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.

Buku yang Sesuai Dibeli Bersama


OUR GUARANTEE

CONTACT US