Dasar Bahasa Kebangsaan: Sejarah Memartabatkan Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Rasmi Malaysia

RM40.00
9789834617530
In stock
+

Dasar Bahasa Kebangsaan: Sejarah Memartabatkan Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Rasmi Malaysia

Author: Asmah Haji Omar 
Publisher: Dewan Bahasa Pustaka
ISBN: ISBN: 9789834617530
Weight: 0.5 kg
Pages: 220 pp
Year: 2015
Price: RM40

Dasar Bahasa Kebangsaan: Sejarah Memartabatkan Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Rasmi Malaysia menghuraikan dan menjelaskan Dasar Bahasa Kebangsaan secara menyeluruh bermula daripada sejarah perkembangan bahasa sebelum adanya dasar bahasa, bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi sehinggalah kepada perkembangan dasar bahasa di peringkat sekolah dan institusi pengajian tinggi, faktor-faktor yang membawa kepada penggubalan Dasar Bahasa Kebangsaan dan pelaksanaannya. Penulis turut menjelaskan kaitannya dengan penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka dan seterusnya cabaran-cabaran mendatang yang bakal dihadapi oleh bahasa kebangsaan. Dasar bahasa menentukan kedaulatan dan pemerkasaan bahasa, terutama pengekalan dan peluasan fungsinya sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, dan wahana ilmu dalam pembentukan peradaban tinggi. Dalam konteks ini, Dasar Bahasa Kebangsaan digubal bertitik tolak daripada perjuangan dan kesetiaan serta kecintaan terhadap negara bangsa. Pemahaman terhadap Dasar Bahasa Kebangsaan secara menyeluruh oleh semua lapisan masyarakat amatlah penting kerana hanya dengan demikian, rakyat Malaysia akan menghormati dasar bahasa sebagaimana yang telah dimaktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Satu aspek yang terdapat dalam buku ini dan mungkin tidak terdapat dalam penerbitan-penerbitan lain ialah tipologi dasar bahasa kebangsaan atau dasar bahasa rasmi berbagai-bagai negara di seluruh dunia. Perbezaan penggunaan pelbagai istilah bagi konsep “bahasa kebangsaan” (national language) itu perlu diperjelaskan kerana masing-masing negara mempunyai alasannya sendiri dalam memilih sesuatu istilah berdasarkan suasana politiknya ketika dasar itu dibentuk. Dasar Bahasa Kebangsaan Malaysia memilih bahasa Melayu sebagai “bahasa kebangsaan” dan “bahasa rasmi”. Jelas bahawa Malaysia membezakan dua konsep berkenaan. Konsep yang pertama membawa makna adanya perasaan “kebangsaan” rakyat Malaysia apabila menggunakan bahasa kebangsaan, dan dengan itu bahasa ini membangkitkan semangat nasionalisme. Konsep yang kedua menunjukkan bahawa bahasa yang sama mempunyai taraf yang khusus dalam konteks rasmi. Ini bermakna konteks yang seperti ini memerlukan penggunaan bahasa berkenaan oleh setiap orang.

Kebanyakan negara tidak memerlukan pembahagian yang seperti ini. Bagi mereka kedua-dua konsep itu digabungkan menjadi satu. Dengan itu ada yang menggunakan istilah “bahasa kebangsaan” sahaja, dan ada yang menggunakan istilah “bahasa rasmi” sahaja. Perbincangan tentang dasar bahasa di Malaysia tidak lengkap jika dibataskan hanya kepada bahasa Melayu. Ini disebabkan kedudukan bahasa Melayu dikelilingi oleh bahasa-bahasa lain, iaitu bahasa suku-suku kaum, bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua, dan bahasa Arab sebagai bahasa yang mempunyai kedudukan istimewa dalam peradaban Melayu-Islam sejak berkurun-kurun dahulu. Semua ini diperkatakan dalam buku ini.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.


OUR GUARANTEE

CONTACT US