​Dasar British Terhadap Hubungan Singapura - Malaysia 1959-1969

RM55.00
9789674123024
In stock
+

Dasar British Terhadap Hubungan Singapura - Malaysia 1959-1969

Author: Rozeman Abu Hassan

Publisher: UKM Press

ISBN: 9789674123024

Pages: 436

Year: 2015

Weight:

Price: RM55

British memainkan peranan penting dalam peristiwa penggabungan dan pemisahan Singapura dengan Malaysia pada tahun 1963 hingga 1965 yang menyebabkan implikasi berpanjangan dalam hubungan politik kedua-dua negara. Buku ini adalah kajian ke atas dasar British terhadap hubungan Singapura dan Malaysia dari tahun 1959 hingga 1969 berdasarkan dokumen sejarah. British berperanan dalam menentukan corak dan hubungan Singapura dengan Malaysia atas faktor ekonomi dan keselamatan. Sejak tahun 1955, British berminat memberi Singapura ke arah berkerajaan sendiri melalui proses pilihan raya dan penggubalan perlembagaan baru pada tahun 1957. Kemenangan PAP dalam Pilihan Raya 1959 menyebabkan Lee Kuan Yew mendesak British segera memberikan Singapura berkerajaan sendiri. Namun British tidak bersedia melepaskan Singapura kerana bimbang terhadap perkembangan pengaruh Parti Komunis Malaya menerusi Barisan Bersatu Komunis di Singapura. Kekalahan PAP dalam Pilihan Raya Kecil Hong Lim menimbulkan kebimbangan British terhadap pengaruh komunis akan berkuasa di Singapura sekiranya menang dalam pilihan raya tahun 1963. British menjadikan Tanah Melayu sebagai ‘buffer state’ supaya bertanggungjawab ke atas aspek keselamatan Singapura. Pada tahun 1959, Singapura diberikan status berkerajaan sendiri oleh British dan satu badan keselamatan dibentuk iaitu Majlis Keselamatan Dalam Negeri (MKDN) yang dianggotai wakil British, Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura. British memperkenalkan idea Grand Design sebagai jalan penyelesaian menyekat pengaruh komunis di Singapura. Penggabungan Singapura dalam Malaysia mendapat bantahan daripada parti-parti pembangkang di Persekutuan Tanah Melayu kerana akan menimbulkan banyak masalah. British tidak memberikan reaksi apabila Lee Kuan Yew dan pemimpin PAP mencampuri hal ehwal poltik di Semenanjung Malaysia menyentuh kepentingan orang Melayu. Keadaan ini menyebabkan kamarahan orang Melayu di Malaysia dan Singapura sehingga mencetuskan rusuhan terburuk di Singapura pada tahun 1964. Tunku Abdul Rahman terpaksa memisahkan Singapura daripada Malaysia kerana tidak tahan dengan sikap berseteru Lee Kuan Yew dan pemimpin PAP. British campur tangan untuk menyelamatkan hubungan Singapura supaya terus kekal dalam Malaysia tetapi gagal walaupun perbincangan diadakan antara pemimpin Singapura, Malaysia dan pegawai British. Pemisahan Singapura daripada Malaysia merupakan kegagalan Grand Design yang diperkenalkan oleh British. Kesan pemisahan menyebabkan Akta Malaysia 1963 terpaksa dibahaskan semula, serta kajian semula dibuat ke atas keselamatan dan ekonomi dalam konteks kedaulatan kedua-dua negara. Akhirnya British terpaksa mengundurkan tentera-tenteranya dari pangkalan di Singapura dan rantau Asia Tenggara pada tahun 1971.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.

Buku yang Sesuai Dibeli Bersama


OUR GUARANTEE

CONTACT US