Dasar Luar Amerika Syarikat terhadap Turki Era Perang Dingin ( 1945 - 1989)

RM30.00
9786294860131
In stock
+

Dasar Luar Amerika Syarikat terhadap Turki Era Perang Dingin ( 1945 - 1989)

Author: Norhayati Mat Ali & Azlizan Mat Enh
Publisher: UKM Press
ISBN: 9786294860131
Weight: 0.4
Pages:143pp
Year: 2023
Price: RM30

Selepas Perang Dunia Kedua, Amerika Syarikat menggalas tanggungjawab menjadi polis dunia dengan perspektif bahawa negaranya bertanggungjawab kepada keselamatan dunia. Justeru negara tersebut berusaha untuk memastikan bahawa keamanan serta kebebasan negara di dunia dapat diwujudkan dan dikekalkan dalam jangka masa tempoh yang panjang. Dalam meninjau hubungan dasar luarnya dengan negara Turki, kerajaan Amerika Syarikat telah menggunakan beberapa idea ketika menjalinkan hubungan dengan negara tersebut iaitu ianya adalah bersifat terang atau jelas, konsisten serta berkeyakinan. Amerika Syarikat juga dilihat tidak pernah lupa untuk tidak mengingkari prinsip-prinsip Pertubuhan Bangsa- bangsa Bersatu (PBB) iaitu menghormati negara Turki selain berusaha untuk memastikan Turki mampu mengukuhkan kedaulatan negaranya di wilayah Timur Tengah bahkan juga membantu memperkembangkan ekonomi Turki ke tahap yang membanggakan. Amerika Syarikat sentiasa memastikan bahawa negaranya akan

memberikan sumbangan ke arah perkembangan ekonomi, perniagaan Han hubungan kebudayaan ke atas negara Turki menerusi beberapa molisi-polisi khusus yang diwujudkan oleh Amerika Syarikat kepada egara berkenaan. Antara yang ditekankan oleh Amerika Syarikat ketika enjalinkan hubungan dengan negara Turki ialah negaranya berusaha memelihara keamanan di Timur Tengah dengan menyelesaikan isu-isu erbangkit yang berhubungkait dengan keamanan dan kemerdekaan atau ebebasan, malahan juga cuba untuk tidak masuk campur dalam masalah- asalah dalaman negara-negara Timur Tengah. Selain itu juga, Amerika arikat ingin memastikan bahawa negaranya menghormati kedaulatan n kemerdekaan negara-negara berkenaan malahan apa yang lebih Enting ialah negaranya ingin memastikan bahawa usaha Kesatuan Soviet tuk melebarkan fahaman komunisnya ke negara Turki dapat disekat.

Amerika Syarikat menegaskan bahawa negaranya akan sentiasa rusaha ke arah memupuk kestabilan dan keamanan di Turki menerusi jasamanya dengan PBB selain berharap supaya negara-negara mur Tengah khususnya dan negara-negara lain amnya termasuklah satuan Soviet sendiri akan beroleh keamanan. Selain itu, Amerika Syarikat juga menyedari bahawa hubungan dua hala tersebut secara tidak langsung akan membenarkan negaranya untuk menjalankan kerjasama ekonomi serta ketenteraan bersama negara Turki selain membantu Turki memperkuatkan aspek pertahanannya dan melindungi kemerdekaan negara tersebut daripada ancaman keganasan parti komunis yang bertapak hampir dengan negara berkenaan. Malahan antara tujuan utama Amerika Syarikat menjalinkan hubungan ini bersama dengan negara Turki ialah untuk memperkembangkan dan mempertahankan keamanan negara Turki dalam tempoh jangka masa yang lama seperti mana yang terdapat dalam piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.


OUR GUARANTEE

CONTACT US