​‘Di Sebalik Tabir’ Sejarah Politik Malaysia 1945-1957

RM74.00
9789674610203
In stock
+

‘Di Sebalik Tabir’ Sejarah Politik Malaysia 1945-1957

Editor: Azmi Arifin & Abdul Rahman Haji Ismail
Publisher: USM Press
ISBN: 9789674610203
Pages: 262
Year: 2016
Weight: 0.418kg
Price: RM74

‘Di Sebalik Tabir’ Sejarah Politik Malaysia 1945-1957 menampilkan pandangan-pandangan atau tafsiran baharu yang menarik tentang sejarah politik Malaysia moden bermula sejak zaman pendudukan Jepun hinggalah tercapainya kemerdekaan Tanah Melayu. Ia mengemukakan rumusan-rumusan baharu sejarah politik Malaysia yang dapat mencabar tafsiran awal yang dianggap mempunyai banyak kekurangan, oleh itu memerlukan pentafsiran semula. Semua perbincangan dalam buku ini menyentuh tentang satu tempoh yang begitu mencabar dalam politik Malaysia yang sering menimbulkan kontroversi dan percanggahan pendapat dalam kalangan pengkaji sejarah.

Dalam konteks sejarah politik Tanah Melayu, kini dikenali sebagai Malaysia, sejak tahun 1960-an lagi telah banyak isu dan persoalan ditimbulkan dan cuba diberi tafsiran baharu dalam usaha mendekati sejarah yang lebih tepat. Pendekatan sejarah konvensional dan penulisan sejarah tradisional yang (berbau kolonial’ mula dipertikaikan dan dipinggirkan. Didorong oleh ketidakpuasan hati terhadap pendekatan yang dibawa oleh ahli sejarah konvensional, sesetengah sarjana cuba mengemukakan semula peristiwa sejarah dan memberi tafsiran berbeza tentang apa yang berlaku. Isu tafsiran baharu menjadi lebih relevan apabila ia dikaitkan dengan perdebatan dan pentafsiran tentang sejarah politik Malaysia yang berlaku antara tahun 1945 hingga 1957.

Sejarah tahun 1945-1957 itu amat padat dengan pelbagai isu dan peristiwa politik yang menimbulkan perdebatan serta mengundang pelbagai perbezaan pendapat. Namun, kontroversi tidak akan muncul dengan begitu ketara sekiranya peristiwa sejarah itu dilihat hanya daripada sudut pentafsiran sejarah yang objektif dan tidak berbau politik atau bersifat memihak Justeru, suatu pendekatan baharu perlu diambil agar sejarah yang berlaku pada tahun 1945 hingga 1957 itu, yang sehingga kini banyak dipengaruhi perspektif ahli politik, diberi tafsiran semula yang bersifat sejarah meskipun ahli sejarah sendiri tidak akan mampu bebas daripada kecenderungan pentafsiran politik.

Sesungguhnya tahun 1945-1957 merupakan satu tempoh yang amat penting dalam pengkajian sejarah politik Malaysia. Dalam tempoh satu dekad dua tahun yang penuh dengan gelombang dan gelojak politik itu, tercetus pelbagai peristiwa penting yang bukan sahaja menyimpan lipatan pengalaman penduduk Tanah Melayu masa lampau, tetapi juga membentuk dan mencorak pemikiran masyarakat tentang hakikat politik Malaysia masa kini. Antara peristiwa yang berlaku dalam tempoh itu ialah penubuhan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM); pengenalan Malayan Union; penubuhan United Malays National Organisation (UMNO), Hizbul Muslimin, Malayan Indian Congress (MIC), Malayan Chinese Association (MCA); pembentukan Persekutuan Tanah Melayu; penubuhan All-Malaya Council of Joint Action (AMCJA)-Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA); pemberontakan Parti Komunis Malaya (PKM); pengisytiharan darurat; pembentukan Parti Perikatan; berlakunya proses percaturan politik dan pilihan raya; konflik antara kaum dan penubuhan Communities Liaison Committee (CLC) sehinggalah kepada tercapainya kemerdekaan Tanah Melayu pada tahun 1957.

Semua peristiwa itu cuba disentuh dan dianalisis dalam ‘Di Sebalik Tabir’ Sejarah Politik Malaysia 1945-1957 dengan pelbagai cara dan pendekatan, dan sebahagian besar daripadanya cuba melihat daripada perspektif baharu yang sesetengahnya masih belum popular dalam pemikiran sejarah masyarakat kita pada hari ini.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.


OUR GUARANTEE

CONTACT US