Dialek Melayu Hulu Pantai Timur Semenanjung Malaysia
Author: Mohd Tarmizi Hasrah
Publisher: Dewan Bahasa dan Pustaka
ISBN: 9789834937294
Weight: 463g
Pages: 378pp
Year: 2022
Price: RM65
Buku Dialek Melayu Hulu Pantai Timur Semenanjung Malaysia membahaskan dua isu utama iaitu bagaimanakah ciri linguistik dialek-dialek Melayu di kawasan hulu dibezakar dengan dialek-dialek Melayu di kawasan hilir?; dan bagaimanakah hubungan antare dialek-dialek Melayu hulu? Berasaskan kerangka dialektologi diakronik dan linguistik sejarawi, dua isu yang dibahaskan ini merumuskan bahawa walaupun dialek-dialek Melayu hulu yang dikaji memiliki ciri khusus masing-masing yang membolehkannya membentuk cabang tersendiri dalam model rajah pohon, namun kewujudan ciri khusus tersebut berkembang daripada dialek (yang diistilahkan sebagai pradialek) yang mengekalkan beberapa ciri bahasa dan dialek purba. Maksudnya, inovasi fonolog dialek-dialek Melayu hulu di pantai timur Semenanjung Malaysia berkembang daripada sistem fonologi pradialek yang dinyatakan. Kesimpulan seperti ini sangat memberikan ruang pada lagu sejarawi yang menegaskan bahawa pada suatu ketika dahulu orang yang kini bertutur dalam dialek Melayu hulu Pahang, dialek Melayu hulu Kelantan, dialek Melayu hulu Terengganu dan dialek Melayu hulu Tembeling pernah bertutur dalam dialek yang serupa. Mungkin pradialek ini boleh sahaja digelar secara tentatif sebagai dialek Melayu hulu pantai timur Semenanjung purba. Keserupaan menuturkan pradialek ini mungkin terjadi setelah penutur bahasa Melayu purba yang sampai di Semenanjung Malaysia dari Sumatera (dari Borneo sebelumnya) sebahagiannya tersebar ke kawasan hulu pantai timur Semenanjung Malaysia. Akibat perkembangan masa dari sekatan geografi, maka penutur dialek tersebut menyerlahkan ciri khusus dialek masing masing. Analisis dan kesimpulan buku ini membuka ruang perbincangan baharu tentang gejala penyebaran dialek-dialek Melayu dan pembongkaran aspek sejarawinya.
MOHD TARMIZI HASRAH (PhD) ialah pensyarah kanan di Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah, Universiti Utara Malaysia. Beliau berminat melakukan penyelidikan dalam bidang dialektolog dan linguistik sejarawi, khususnya yang berkaitan dengan dialek Melayu di Semenanjung Malaysia.
1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.
2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'
3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.
4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.
5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.
6) Klik "Submit My Order".
Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:
HUBUNGI KAMI
Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.
Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.
Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.
1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.
2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.
3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.
4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.




.png?1505614499861)
.png?1505614471291)

