Didik Hibur Belajar Sambil Bermain Dari Perspektif Murid

RM30.00
9786297547886
In stock
+

Didik Hibur Belajar Sambil Bermain Dari Perspektif Murid

Author: Zamri Mahamod & Anita Abdul Rahman 
Publisher: UKM Press
ISBN: 9786297547886
Weight: 0.4
Pages: 216pp
Year: 2023
Price: RM30

Didik Hibur merupakan satu kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang diberi penekanan dalam kurikulum pendidikan abad ke-21. Didik Hibur boleh dijalankan dalam semua mata pelajaran, dan tidak semestinya terikat kepada mata pelajaran bahasa sahaja. Oleh kerana kaedah Didik Hibur lebih bersifat 'bermain sambil belajar', maka kaedah ini amat sesuai digunakan dalam semua sesi PdP di dalam bilik darjah.

Didik Hibur memerlukan kreativiti guru dalam merangsang dan menggalakkan murid untuk aktif sepanjang tempoh PdP dijalankan. Kreativiti guru dalam menggunakan pelbagai instrumen, bahan bantu mengajar dan lain-lain bahan yang berbentuk Didik Hibur akan menjadikan sesi PdP itu menarik, menyeronokkan dan tidak membosankan. Murid atau pelajar menjadi aktif dan terlibat dalam proses PdP. manakala guru lebih bertindak sebagai pemudah cara dan pembimbing mengikut objektif PdP yang dirancangkan.

Buku yang terhasil daripada enam (6) kajian/penyelidikan Sarjana Pendidikan Bahasa Melayu ini boleh dijadikan sumber rujukan dan panduan, terutamanya kepada guru dan murid/pelajar bagaimana hendak menggunakan kaedah Didik Hibur. Kajian yang dijalankan dalam bentuk kuantitatif dan kualitatif ini melihat daripada pelbagai peringkat kajian berkaitan pelaksanaan kaedah Didik Hibur dalam PdP guru Bahasa Melayu. Ada kajian kuantitif menggunakan kaedah tinjauan dan kaedah eksperimen dikaji oleh guru Bahasa Melayu yang mengajar di sekolah rendah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan, sekolah menengah dan juga di sekolah swasta. Begitu juga kajian kualitatif yang menggunakan kaedah temu bual bagi meneroka kaedah Didik Hibur dalam PdP guru Bahasa Melayu yang mengajar di pelbagai peringkat persekolahan dan pengajian.

Semua dapatan kajian kuantitatif dan kualitatif ini amat bermanfaat untuk dijadikan sumber rujukan kepada para pelajar Doktor Falsafah, Sarjana dan Sarjana Muda di semua peringkat program pengajian pendidikan untuk meneliti dan mengkaji kepentingan dan hasil kajian yang terdapat dalam buku penyelidikan ini untuk dibuat kajian lanjutan.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.


OUR GUARANTEE

CONTACT US