Dimensi Fikrah: Mendepani Cabaran Ummah

RM70.00
9789830426969
In stock
+

Dimensi Fikrah: Mendepani Cabaran Ummah - Kulit keras

Author: Dr. Lokman bin Ab. Rahman
Publisher: JAKIM
ISBN: 9789830426969
Year: 2025
Pages: 227
Weight: 376g
Price: RM70

Buku Dimensi Fikrah: Mendepani Cabaran Ummah adalah sebuah koleksi idea, catatan dan pengalaman penulis yang membincangkan pelbagai dimensi sudut pandang, isu dan perkara yang berlegar di sekitar masyarakat Islam, bukan Islam, ulama, saintis dan tokoh. Ia bermula dari perkara yang maha penting, iaitu melibatkan akidah-tauhid, ideologi. sejarah, politik-kuasa, kepimpinan, pengurusan, sains-pemikiran, pelancongan, cabaran semasa umat Islam sehinggalah isu-isu antarabangsa. Sesetengah catatan tulisan sebelum ini telah diterbitkan oleh akhbar tempatan, majalah dan laman web tetapi sekadar makalah ringkas tanpa rujukan dan huraian kadangkala menimbulkan persoalan dan kritikan dalam kalangan pembaca sekaligus mengundang kritikan membuta tuli. Memang menjadi sifat makalah atau artikel hanya dipersembahkan dalam bentuk ringkas dan mudah bagi bacaan awam sesuai sebagai tatapan semua peringkat. Dalam buku ini penulis mencatat nota kaki untuk pembaca berpeluang membuat bacaan lanjut.

Dr. Lokman Abd. Rahman merupakan Pengarah Bahagian Penerbitan JAKIM. Beliau berpengalaman luas berkaitan industri serta pengurusan halal dan telah diberi mandat sebagai Ketua Teras Pengurusan Halal JAKIM sejak sekian lama. Agensi Kelayakan Malaysia (MỌA) melantik beliau sebagai Panel Pembangun Standard Program Pengajian Halal pada 2019. Pada tahun 2021, beliau diiktiraf sebagai Perunding Latihan Pengurusan Halal oleh Industri Latihan Islam Malaysia (ILIM), JAKIM. Selain itu, beliau juga aktif dalam penulisan, pembentangan kertas kerja dan terlibat dengan pelbagai aktiviti akademik, pensijilan serta konsultasi halal dalam dan luar negara. Beliau berkelulusan Sarjana Muda Syariah dan Undang-undang dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), M.A dari Universiti Birmingham, United Kingdom dan Ph.D dari Universiti Malaya dalam bidang Figh dan Usul Syariah. Beliau juga mendapat latihan dan sijil dari Darul Ifta' Mesir dalam bidang pengurusan fatwa, Darul Zaid lil Thaqafah Islamiyyah dalam bidang Bahasa Arab, UAE dan RIPA International, London dalam bidang pengurusan strategik.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.

Buku yang Sesuai Dibeli Bersama


OUR GUARANTEE

CONTACT US