Dinamika Ulama dalam Pembangunan Islam Rantau Nusantara
Author: Farid Mat Zain, Jaffary Awang
Publisher: UKM Press
ISBN: 9786294864580
Weight: 0.8kg
Pages: 487 pages
Year: 2025
Price: RM69
Rantau Nusantara tidak kurang hebat dalam melahirkan golongan ulama, khususnya bermula pada awal abad ke-19 dan berkembang menjelang abad ke-20. Makkah, Madinah dan Mesir menjadi medan penting dalam membentuk ulama Nusantara. Mereka memainkan peranan besar dalam penyebaran ilmu melalui institusi pondok dan madrasah, khususnya dalam bidang akidah, fiqh dan tasawuf. Menjelang abad ke-20, agenda islah diteruskan melalui penubuhan madrasah sebagai usaha melawan pengaruh pendidikan penjajah. Ulama Nusantara turut memainkan peranan menyebarkan pemikiran baharu berteraskan prinsip Islam, selain mempersiapkan umat dengan pengetahuan agama yang mantap dan hala tuju yang jelas. Mereka menyusun pendidikan secara sistematik bagi mendepani cabaran penjajahan dan pembaratan. Sumbangan besar ulama turut terserlah melalui penghasilan kitab dan karya dalam pelbagai bidang, termasuk isu-isu semasa. Karya-karya ini menampilkan pemikiran kritis dan keprihatinan mereka terhadap perubahan dalam masyarakat. Buku ini merupakan khazanah penting yang membongkar kewujudan, pemikiran serta sumbangan para ulama terhadap pembentukan dan perkembangan Islam di Nusantara, sekali gus menjadi rujukan berharga buat masyarakat masa kini.
1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.
2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'
3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.
4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.
5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.
6) Klik "Submit My Order".
Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:
HUBUNGI KAMI
Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.
Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.
Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.
1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.
2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.
3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.
4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.




.png?1505614499861)
.png?1505614471291)

