Dobi Hati Marigold
Author: Yun Jung-Eun
Translator: Rozailina Othman
Publisher: Biblio Press
ISBN: 9786297733098
Weight: 200 gsm
Pages: 196 m/s
Year: 2025
Price: RM 35
Di sebuah kampung ajaib di mana musim bertukar secara terbalik. segala-galanya tampak sempurna dari hamparan bunga yang tidak putus hingga kehidupan harmoni para penduduknya yang penuh misteri. Mereka memiliki kuasa luar biasa, tetapi hanya menggunakannya untuk kebaikan. Suatu hari, seorang wanita asing yang terluka oleh masa lalu yang penuh kesedihan muncul di kampung ini. Di sini, dia mula memulihkan hati yang terluka, membina kehidupan baru bersama seorang lelaki dan anak perempuan mereka. Namun, kebahagiaan tidak kekal selama-lamanya.
Kuasa luar biasa yang dimiliki oleh anak perempuan mereka mula terserlah, pada masa yang sama ketakutan terhadap dunia luar kembali menghantui mereka. Di persimpangan antara dunia sempurna dan godaan dunia yang tidak mereka kenali, keluarga ini terpaksa berdepan dengan kuasa mereka dan masa lalu yang menghantui.
Dalam usaha Ji-eun membetulkan kesilapan masa lalu, beliau bertemu Yeon-hee, Jae-ha, Eun-byul, Pn. Yeon-ja dan Pak cik Young-hee dengan kisah noda hati masing-masing serta perjalanan kisah romantik bersama Hae-in. Dapatkah kotoran hati dibersihkan dan kedutan dilicinkan tanpa menghilangkan identiti diri mereka? Atau kotoran dan kedutan itu perlu dibiarkan saja sebagai cap mohor kematangan usia?
Sebuah kisah tentang cinta, kehilangan, dan keajaiban di dalam hati. "Dobi Hati, Marigold" meneroka persoalan sama ada kita benar-benar dapat menghapuskan noda di hati kita dan apakah kebahagiaan berbaloi untuk risiko dilukai.
1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.
2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'
3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.
4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.
5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.
6) Klik "Submit My Order".
Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:
HUBUNGI KAMI
Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.
Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.
Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.
1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.
2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.
3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.
4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.