E-Pembelajaran TVET Nilai Cipta Sama

RM40.00
9785297547152
In stock
+

E-Pembelajaran TVET Nilai Cipta Sama

Author: Eliza Annis Thangaiah, Ruzzakiah Jenal & Jamaiah Yahya
Publisher: UKM Press
ISBN: 9785297547152
Weight: 0.270
Pages: 177pp
Year: 2022
Price: RM40.00

Buku ini mengupas tentang e-pembelajaran di Institut Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dari sudut nilai cipta sama. E-pembelajaran merupakan satu pelantar yang menyediakan kemudahan pembelajaran yang lengkap dengan pelbagai penggunaan teknologi terkini seiring dengan peredaran masa. Namun, bagi mengekalkan penggunaan yang tinggi dan sentiasa menarik perhatian pengguna, elemen tidak ketara seperti konsep nilai cipta sama dalam membangunkan model e-pembelajaran perlu diberi perhatian. Nilai cipta sama adalah koleksi nilai yang wujud ketika penggunaan sesuatu produk atau perkhidmatan. Oleh itu, buku ini memperlihatkan bagaimana konsep nilai cipta sama boleh diterapkan dalam pembangunan e-pembelajaran dengan mengenal pasti atribut dan nilai dalam e-pembelajaran. la seterusnya mencadangkan satu model nilai cipta sama e-pembelajaran atau model NCS_EPel. Model ini menunjukkan nilai yang mendorong pengajar dan pelajar di TVET dalam menggunakan e-pembelajaran adalah kegembiraan, keseronokan dan kenikmatan hidup, rasa kepunyaan, rasa pencapaian, hubungan baik dengan orang lain, kepuasan diri, bertanggungjawab, membantu dan gaya hidup berkualiti melalui sumber nilai pada pelantar iaitu interaksi, pengayaan, persekitaran dan personaliti, dan juga nilai guna aktor atau pengguna iaitu penglibatan, sumber (kemahiran dan pengetahuan), pengalaman serta matlamat. Dengan itu, model NCS_EPel dapat mengenalpasti keperluan pengguna melalui nilai cipta sama daripada pengguna dan mengambil kira keperluan nilai tersebut semasa pembangunan pelantar e-pembelajaran. Model yang dikupas dalam buku ini memberi penekanan dalam sudut nilai daripada pengguna berbanding kaedah lain yang menfokus kepada keperluan fungsian.



1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.


OUR GUARANTEE

CONTACT US