Ekspresi Bertaranum dengan Gaya Kearaban Dan Lahjah Arabiyyah

RM30.00
9786294865259
In stock
+

Ekspresi Bertaranum dengan Gaya Kearaban Dan Lahjah Arabiyyah

Author: Ahmad shafiq Mat Razali, Wan Hilmi Wan Abdullah & Wan Nasyruddin Wan Abdullah 
Publisher: UKM Press
ISBN: 9786294865259
Weight: 226 g
Pages: 139 pp
Year: 2025
Price: RM30

Buku ini mengetengahkan satu pendekatan ilmiah dan praktikal tentang metodologi bacaan al-Quran secara tarannum dengan pendekatan lahjah Arabiyyah. Berdasarkan kajian tesis sarjana yang dijalankan di Universiti Kebangsaan Malaysia, karya ini menyelami dimensi linguistik Arab yang berasaskan lahjah qabilah-kabilah Arab, serta menghubungkannya dengan kaedah pembacaan al-Quran secara bertarannum. Dengan lima bab utama. Buku ini bermula dengan menjelaskan konsep lahjah Arabiyyah, sebelum melanjutkan perbincangan kepada sejarah perkembangan tilawah al-Quran di Malaysia, serta mengenalkan tokoh-tokoh tarannum pasca kemerdekaan.

Seterusnya, disertakan bibliografi johan qari dan qariah dari pelbagai peringkat pertandingan sebelum analisis mendalam tentang metodologi bacaan tarannum dengan lahjah Arab yang sahih dikupas secara terperinci. Karya ini juga menelusuri hubungan antara lahjah dan qira'at, pengaruh faktor geografi, sosial dan budaya dalam pembentukan variasi dialek Arab, serta pemilihan lahjah Quraisy sebagai standard dalam bacaan al-Quran. la memperlihatkan bagaimana elemen al-Ahruf al-Sab'ah dan bacaan para imam qira'at menjadi asas penting dalam penetapan metodologi bacaan al-Quran. Diterbitkan oleh Penerbit UKM, buku ini sangat sesuai untuk mahasiswa, pengkaji, guru tarannum, pengamal, peminat, penuntut serta peminat seni bacaan al-Quran yang ingin mendalami pendekatan berstruktur dalam memahami dan mengaplikasikan seni tarannum secara berkesan.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.

Buku yang Sesuai Dibeli Bersama


CONTACT US