Elakkan dari Disenaraihitam dalam Pinjaman
Author: Mohd Daud Bakar
Publisher: Amanie Media
ISBN: 9789672302056
Year: 2019
Pages:
Price: RM30.00
Hutang dalam masyarakat moden adalah sudah menjadi perkara biasa. Kalau tidak hutang, banyak perkara tak boleh buat. Namun, ada hutang yang baik dan ada yang 'memeningkan kepala'.
Saya dan Razman cuba memberikan beberapa tips dalam pengurusan hutang secara berhemah. Hutang tidaklah buruk kalau diuruskan dengan baik sebab agak susah untuk hidup tanpa berhutang...ada hutang biasa dan ada hutang untuk bisnes.
Penawar kepada budaya hutang ialah pengurusan aliran tunai yang sihat dan juga penabungan yang berterusan. Kami membincangkan kedua-dua tajuk ini dengan beberapa ilustrasi yang praktikal.Kami ada juga satu perbincangan khas tentang hutang bisnes dan begaimana ingin mengurus hutang ini kerana ia, berbeza dengan hutang persendirian untuk tujuan kepenggunaan (consumerism), bergantung kepada kemampuan mengurus aliran tunai. Bab ini amat sesuai dengan peniaga dan IKS/SME. Kalau anda seorang usahawan, anda perlu membaca bab ini. Bukan senang nak timbul di lautan bergelora bila bekerja sendiri apatahlagi apabila terpaksa berhutang untuk modal kerja atau pengembangan bisnes.Matlamat kami adalah para penghutang tidak terjebak dalam kes-kes saman mahkamah kerana ini akan lagi memeningkan ketenangan hidup anda. Kami berkongsi banyak tips dan pendekatan supaya hutang anda 'sejahtera' dan kalau anda sudah 'terjerat' bagaimana untuk keluar daripada jeratan hutang.
Semoga kita semua bebas dari hutang atau paling kurang pandai menguruskan hutang
1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.
2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'
3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.
4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.
5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.
6) Klik "Submit My Order".
Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:
HUBUNGI KAMI
Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.
Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.
Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.
1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.
2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.
3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.
4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.