Falsafah dan Isu Semasa
Author: Asmaa' Mohd Arshad, Norhapizah Mohd Burhan, Nurafifah Ab Hamid, Mahfuzah Mohammed Zabidi
Publisher: UiTM Press
ISBN: 9789673639885
Weight: 0.3kg
Pages: 233 pages
Year: 2024
Price: RM42
Falsafah dan Isu Semasa adalah buku rujukan mata pelajaran pengajian umum yang merupakan kursus teras universiti yang wajib diambil oleh semua mahasiswa pada peringkat Ijazah Sarjana Muda. Buku ini merupakan sebagai medium untuk semua pelajar memperkayakan ilmu dengan memahami korpus ilmu berkaitan falsafah dan menghubungkaitkannya dengan isu-isu semasa dalam masyarakat.
Terdapat lapan (8) bab yang membincangkan tentang pengenalan ilmu falsafah termasuk Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Rukun Negara. Penulisan ini turut memberi fokus kepada aliran falsafah dan kategori ilmu falsafah. Di samping itu, perbincangan berkaitan seni dan kaedah berfikir turut dimasukkan sebagai panduan tentang kepentingan hujah dalam membuat inferens untuk mengelak prasangka dan bias dalam keputusan yang diterima dan dihasilkan. Selanjutnya huraian berkaitan asal usul manusia, hakikat insan, konsep insan kamil dan sejahtera diketengahkan agar semua individu memahami tugas dan fungsi yang perlu dilaksana berpandukan saranan agama masing-masing. Buku ini turut memberi fokus kepada penjelasan tentang metafizik, teori hubungan insan dan Tuhan serta teori hubungan insan dan alam. Selain itu, untuk mengukuhkan ilmu yang dimiliki, buku ini mengupas tentang epistemologi (teori ilmu) yang berkisar tentang sifat, syarat, ciri, sumber dan batas ilmu yang boleh diketahui oleh manusia. Tambahan, setiap manusia dihadapkan dengan pelbagai ideologi semasa yang sukar untuk dipudarkan antaranya lalah idea sekularisme iaitu pemisahan antara aspek wahyu dan akal. Buku ini diakhiri dengan topik dekolonisasi bagi membebaskan minda individu daripada dipengaruhi oleh penjajahan minda yang berunsurkan pembaratan atau kebebasan tanpa sempadan.
Penulisan dan penerbitan buku ini bukan sahaja bersesuaian dengan para mahasiswa institusi pengajian tinggi (IPT yang mengambil kursus ini bahkan ia dapat memberi pengetahuan asas kepada pembaca umum untuk mendapatkan tasawur tentang ilmu falsafah, cabangnya serta kepentingannya dalam kehidupan. Justeru, diharapkan buku ini dapat memberi manfaat kepada semua dalam usaha memartabatkan fungsi minda ke arah kecemerlangan ummah
1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.
2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'
3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.
4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.
5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.
6) Klik "Submit My Order".
Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:
HUBUNGI KAMI
Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.
Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.
Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.
1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.
2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.
3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.
4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.




.png?1505614499861)
.png?1505614471291)

