Falsafah dan Prinsip Asas Perubatan Melayu

RM40.00
9789672091110
In stock
+

Falsafah dan Prinsip Asas Perubatan Melayu

Author: Nornizam Ngadeni
Publisher: Baytul Hikma
ISBN: 9789672091110
Weight: 0.3 kg
Pages: 167
Year: 2017
Price: RM40

Falsafah dan Prinsip Asas Perubatan Melayu merupakan bacaan pengantar yang menyeluruh mengenai Perubatan Melayu meliputi sejarah awalnya, falsafah dan prinsip asas, adab dan etika amalan, struktur dan bidang amalan atau modaliti Perubatan Melayu. Suatu aspek yang penting dalam karya ini ialah dengan memberikan maklumat serta sandaran yang tepat kepada sumber-sumber asas daripada al-Quran dan al-Hadis kerana memang pada prinsip dasarnya ilmu dan amalan Perubatan Melayu adalah al-Quran dan al-Hadis selain sumber-sumber lain sesuai dengan hukum dan lunas-lunas pengajaran Islam. Aspek ini amat penting terutama dalam menetapkan Ilmu dan Amalan Perubatan Melayu berlainan dari konsep perbomohan Melayu, walaupun perbomohan merupakan salah satu cara, kaedah atau pendekatan dalam amalan Perubatan Tradisional Melayu.

Falsafah Perubatan Melayu adalah berusaha untuk menghasilkan dan memelihara kesihatan tubuh badan manusia secara menyeluruh daripada penyakit Rohaniahnya dan Jasmaniahnya agar memperolehi keseimbangan aql, nafs dan jasmani, supaya menjadi insan yang sihat pada zat, sifat dan af’alnya untuk melakukan pengabdian diri secara ikhlas kepada Allah. Kejadian An-Nafs juga diletakkan unsur mahmudah (terpuji) dan mazmumah (tercela) supaya manusia berjuang atau bermujahadah di dalam diri sendiri.

Kejadian manusia terdiri daripada dua unsur: (i) Unsur Roh, dan (ii) Unsur Jasad. Roh pula terbahagi kepada tiga bahagian: (i) Ruh Al-Idhofi, (ii) Ruh Al-‘Aql, dan (iii) Ruh Al-Nafs. Aqal pula terbahagi kepada dua keadaan: (i) Keadaan dipimpin (petunjuk Allah), dan (ii) Keadaan tidak mendapat pimpinan Allah

Nafs (juga di panggil jiwa) pula terbahagi kepada tujuh maqamat atau tingkatan: (i) Nafsu Kamilah (tingkatan tertinggi), (ii) Nafsu Mardiah, (iii) Nafsu Radiah, (iv) Nafsu Mutmainnah, (v) Nafsu Mulhamah, (vi) Nafsu Lawwamah, dan (vii) Nafsu Ammarah (tingkatan terendah).

Falsafah dan Prinsip Asas Perubatan Melayu merupakan satu permulaan sebagai pencetus kepada pengamal-pengamal Perubatan Melayu untuk melakukan penambahbaikan dan pengkajian yang lebih mendalam dan sistematik. Bidang amalan Perubatan Melayu sudah berada di arus perdana, sambutan masyarakat majmuk di Malaysia juga sangat menggalakkan.

Secara amnya Perubatan Melayu adalah suatu sistem pengurusan kesihatan, agar tubuh badan manusia terhindar dari penyakit dan sentiasa menjaga dan memelihara kesihatan. Perubatan Melayu menekankan aspek kesihatan roh dan jasad. Kesihatan bermula dari unsur roh, roh yang berpenyakit perlu dirawat dan dengan roh yang sihat akan menghasilkan jasad yang sihat. Mencegah penyakit adalah lebih baik dari merawatnya. Menguruskan penyakit atau pesakit memerlukan perbelanjaan yang sangat besar. Sihat yang sebenar adalah tanpa ubat. Kemajuan sesuatu tamadun bangsa adalah bila tiada penyakit dan orang yang sakit.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.


OUR GUARANTEE

CONTACT US