Falsafah Patriotisme : Antara Kosmopolitanisme Dengan Nasionalisme
Authors: Makmor Tumin, Maria Mohd Ismail dan Mohd Fazli Abdul Aziz
Publisher: UM Press
ISBN: 9789674884079
Tahun: 2025
Weight: gsm
Pages: 104 pp
Price: RM44
Buku ini membawa pembaca menyelami konsep patriotisme dari perspektif falsafah politik, sejarah, dan teori sosial. Perbahasan utamanya terletak pada pengaruh gagasan kosmopolitanisme terhadap multikulturalisme dan impak nasionalisme kepada etnokulturalisme, serta kesannya terhadap perpaduan nasional dan hubungan antara kaum. Secara meneliti perbezaan fundamental antara teori patriotisme berperlembagaan, patriotisme Raja Berperlembagaan dengan konsep ‘Patriotisme Berhikmah’ yang dipopularkan oleh Steven B. Smith, para penulis menawarkan pandangan kritis terhadap masa depan patriotisme dalam konteks Malaysia secara khusus dan dunia secara keseluruhannya.
Lantaran perkembangan globalisasi dari satu sisi dan peningkatan etnopopulisme dari sisi yang lain pula, masyarakat perlu diberikan pendedahan ilmu tentang pentingnya konsep kesetiaan kepada negara atau patriotisme, baik dari segi falsafah atau dari segi praktikalnya. Buku ini merupakan bacaan penting bagi mereka yang ikhlas ingin memahami isu kesetiaan kepada negara atau patriotisme, konsep keadilan sejagat, serta cabaran dalam membina identiti nasional yang inklusif dan berwawasan, khusus mengikut acuan Malaysia.
1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.
2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'
3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.
4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.
5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.
6) Klik "Submit My Order".
Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:
HUBUNGI KAMI
Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.
Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.
Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.
1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.
2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.
3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.
4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.




.png?1505614499861)
.png?1505614471291)

