Farmaseutikal Dalam Kumbahan : Pengesanan dan Perawatan
Author: Zarimah Mohd Hanafiah
Publisher: UKM Press
ISBN: 9786294864832
Weight: 236 gsm
Pages: 145 pp
Year: 2025
Price: RM35
Penggunaan meluas bahan farmaseutikal dikenal pasti antara penyumbang utama pencemaran bahan cemar baharu muncul (EC) dalam kumbahan yang memberi kesan negatif kepada kesihatan ekologi. Namun, teknologi rawatan sedia ada di loji rawatan masih belum mampu menyingkirkan bahan ini secara menyeluruh. Buku ini mengupas situasi semasa dan faktor yang menyumbang kepada kehadiran bahan farmaseutikal dalam sistem kumbahan, khususnya di loji kumbahan perbandaran. la turut meneliti cara perbezaan jenis komuniti mencerminkan corak penggunaan farmaseutikal yang berbeza, berdasarkan kaedah pengesanan daripada kumbahan. Buku ini memberi tumpuan kepada perbincangan bahan farmaseutikal dalam kumpulan ubat tahan sakit, ubat psikiatri dan antidepresan, penyekat beta, serta antihipertensi. Cadangan rawatan lanjutan turut dibincangkan, dengan penekanan khusus kepada teknologi rawatan biologi menggunakan kulat serta rawatan fizikal berasaskan membran nano sebagai alternatif dalam penyingkiran bahan cemar ini. Perbincangan yang dikemukakan memberi gambaran menyeluruh tentang cabaran, keperluan penambahbaikan dan pendekatan rawatan yang dicadangkan dalam pengurusan bahan cemar farmaseutikal demi kelestarian alam sekitar.
1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.
2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'
3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.
4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.
5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.
6) Klik "Submit My Order".
Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:
HUBUNGI KAMI
Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.
Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.
Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.
1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.
2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.
3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.
4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.




.png?1505614499861)
.png?1505614471291)

