Fatwa dan Perbezaan Pandangan: Cabaran dan Penyelesaian
Author: Mohd
Farid bin Mohd Shahran & Mohammad A’sim bin Ismail
Publisher: Penerbit
IKIM
ISBN: 978832718628
Weight: 0.4kg
Price: RM65
Fatwa dan Perbezaan Pandangan merupakan dua perkara penting
dalam tradisi keilmuwan Islam. Kedua-duanya mempunyai kaitan rapat kerana fatwa
lazimnya timbul apabila berlaku perbezaan pandangan dalam kalangan ahli fiqah
yang disebabkan tiadanya hukum pada isu-isu baharu. Di dalam buku ini,
kedua-dua tema tersebut dibincangkan melalui perbahasan secara teori dan
praktis. Antara perbahasannya adalah berkaitan kedudukan fatwa dalam ilmu usul fiqah dan cerminannya dalam pemikiran
tokoh silam seperti Imam al-Ghazali. Turut dikupas adalah cabaran pemerkasaan
institusi kefatwaan di Malaysia terutama dalam rangka mencari jalan
penyelesaian ke arah penyelarasan fatwa antara negeri-negeri di Malaysia.
Kedudukan fatwa dalam perundangan negara juga diteliti di samping penekanan
terhadap keperluan kepada perbahasan fatwa dalam konteks fiqah yang lebih
bersifat setempat. Sementara itu, di
bawah tema perbezaan pandangan, buku ini mengimbau pendekatan yang dibawa oleh
tradisi keilmuwan Islam terutama dalam konteks adab perbahasan ilmiah dan
perdebatan. Dalam bidang usul fiqah pula, perbezaan pandangan dihuraikan
melalui konsep-konsep penting seperti ijtihad dan talfiq. Pada akhir buku ini
turut dibincangkan sejauh mana Islam melihat prinsip, adab dan kaedah perbezaan
pandangan ini agar mampu membawa kepada kebaikan kerahmatan dan bukan
perpecahan.
1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.
2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'
3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.
4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.
5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.
6) Klik "Submit My Order".
Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:
HUBUNGI KAMI
Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.
Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.
Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.
1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.
2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.
3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.
4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.