​Feudalisme: Sejarah dan Persejarahan

RM110.00
9789834940577
In stock
+

Feudalisme: Sejarah dan Persejarahan

Author: Azmi Arifin
Publisher: DBP
ISBN: 9789834940577
Weight: 
Pages: 545
Year: 2023
Price: RM110

Buku Feudalisme: Sejarah dan Persejarahan menghimpunkan beberapa bab yang menyentuh konsep feudalisme, perkembangan sejarahnya dan persejarahannya dalam skop yang luas. Fokus buku ini adalah untuk menerangkan maksud sebenar konsep feudalisme yang sering dikelirukan dan menjadi sumber perdebatan, dan pelbagai bentuk ideologi dan pemikiran yang mempengaruhi perbincangan mengenainya.

Aspek utama yang ingin diketengahkan buku ini ialah bagaimana feudalisme, sebagai satu teori atau pengalaman sejarah, telah dikelirukan oleh penulis dan ahli politik dalam mengkritik serta mewujudkan imej buruk institusi dan amalan lampau yang tidak sesuai dengan pemikiran dan ideologi politik mereka. Akibatnya, amalan feudalisme yang positif telah diterangkan dalam konteks propaganda politik sebagai amalan atau institusi yang amat buruk dan negatif.

Usaha untuk menjelaskan semula kekeliruan dilakukan dengan melihat model sejarah dan perbahasan tentang perkembangan feudalisme di beberapa tempat, seperti Eropah Barat dan Jepun, yang menyaksikan feudalisme pernah wujud dan diamalkan. Pandangan yang dikemukakan dalam buku ini disokong oleh hujah dan rujukan kukuh yang membolehkan konsep dan amalan feudalisme difahami dengan lebih mendalam dan menyeluruh.

Buku ini amat sesuai untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukan kepada pelajar, pendidik, ahli sejarah, ahli politik dan sesiapa sahaja yang berminat untuk mendalami konsep dan sejarah perkembangan feudalisme yang jarang dikaji di Malaysia dan telah menimbulkan banyak salah faham kepada orang ramai sehingga kini.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.

Buku yang Sesuai Dibeli Bersama


OUR GUARANTEE

CONTACT US