​Fiqh al Ta'ayush Dalam Masyarakat Madani

RM50.00
9786294861701
In stock
+

Fiqh al Ta'ayush Dalam Masyarakat Madani 

Author: Abdul Muhaimin Mahmood
Publisher: UKM Press
ISBN: 9786294861701
Weight: 0.4 kg
Pages: 306
Year: 2024
Price: RM50

Malaysia merupakan sebuah negara Islam majmuk yang unik hingga la sangat dihormati oleh negara Islam lain. Ini adalah berpunca daripada perpaduan yang tersemat dalam jiwa semua rakyat Malaysia yang pastinya berbilang kaum, agama, etnik dan fahaman politik. 

Sistem pentadbiran kerajaan Malaysia juga adalah berbeza dengan situasi yang terdapat dalam negara-negara Islam lain khususnya negara-negara Timur Tengah. Keunikan itu terserlah apabila terbukti pentadbiran di Malaysia berjaya melibatkan rakyat yang berbilang kaum, bangsa dan agama semenjak merdeka lagi. Interaksi antara kaum dan agama pasti tidak dapat dielakkan dalam sebuah negara majmuk. la telah menjadi satu fenomena yang sama sekali tidak akan dapat dihapuskan dan dinafikan lagi oleh mana-mana pihak di negara ini. 

Perpaduan antara warganegara telah menjadi agenda penting yang telah diberikan perhatian oleh kerajaan kerana kepelbagaian latar belakang masyarakat sentiasa terdedah kepada terjadinya perbalahan, pertelingkahan dan konflik melibatkan kaum dan agama. Semua golongan yang wujud pasti akan berusaha untuk mendapatkan hak berdasarkan kepentingan masing-masing. Sekiranya kerukunan hidup melibatkan masyarakat majmuk gagal diwujudkan secara bijaksana, konflik yang dapat menggugat keharmonian negara boleh terjadi pada bila-bila masa.

 Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan kemuncak kepada konflik melibatkan kaum di Malaysia yang telah meragut keharmonian dan telah menjadi titik hitam dalam sejarah negara. Rentetan peristiwa tersebut, pihak kerajaan telah memperkenalkan pelbagai dasar, pendekatan dan program baharu bagi memupuk perpaduan antara kaum yang berlainan budaya dan kepercayaan agama. Memupuk perpaduan dan membentuk kerukunan hidup secara aman dan damai bukanlah suatu perkara yang mudah dan la merupakan antara topik yang memerlukan kepada perincian. 

Sehubungan itu, buku ini telah memfokuskan perbincangan mengenai konsep umum sebuah negara majmuk yang bersifat Madani bersesuaian dengan situasi politik hari ini. 

Selain itu, buku ini juga turut membincangkan mengenai konsep dan prinsip Figh Ta'ayush dalam Islam yang telah diterapkan di Malaysia. Bagi menarik minat pembaca, buku ini telah menyajikan beberapa tajuk penting supaya ia mudah difahami oleh semua lapisan masyarakat. Antara topik-topik penting tersebut lalah konsep negara Islam, konsep, perkembangan, kepentingan dan parameter Figh Tobyush yang berasaskan al-Quran serta Sunnah Nabi SAW. Kemuncak kepada perbincangan ini ialah polemik al-Ta'ayush dan pandangan hukum terhadapnya serta aplikasi konsep al-Taayush di Malaysia.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.


OUR GUARANTEE

CONTACT US